Page 113 - APP KKR 2023
P. 113

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                               Lampiran 3        Surat Akuan Selesai Tugas Ahli Jawatankuasa
                                                 Berkaitan Perolehan
                               Lampiran 4        Surat Akuan Tugas Ahli Lembaga /Jawatankuasa
                                                 Perolehan
                               Lampiran 5        Surat Akuan Selesai Tugas Ahli Lembaga
                                                 /Jawatankuasa Perolehan
                               Lampiran 6        Surat Akuan Pembida
                               Lampiran 7        Surat Akuan Pembida Berjaya
                               Lampiran 8        Klausa Pencegahan Rasuah Dan Tipuan Bida Dalam
                                                 Dokumen Perolehan Kerajaan
                               Lampiran 9        Surat Akuan Kepentingan Perunding
                               Lampiran 10       Surat Akuan Perunding Yang Dilantik
                               Lampiran 11       Surat  Akuan  Oleh  Syarikat  Yang  Mendaftar
                                                 Dengan  Kementerian  Kewangan/  Lembaga
                                                 Pembangunan  Industri  Pembinaan  Malaysia
                                                 (CIDB)
                               Lampiran 12       Laporan  Bulanan  Pelaksanaan  Intergrity  Pact
                                                 Dalam Perolehan Kerajaan

               2.6     SISTEM  MAKLUMAT  BERSEPADU  PEROLEHAN  KERAJAAN  -  Government
                       Procurement Information System (myGPIS)

                      2.6.1  Sistem  Maklumat  Bersepadu  Perolehan  Kerajaan  atau  MyGPIS  adalah  sistem
                              maklumat  berasaskan  web  yang  berfungsi  sebagai  pusat  pengumpulan  data
                              perolehan  Kerajaan  bagi  menggantikan  system  Government  Procurement
                              Information System (GPIS).

                       2.6.2  Sistem ini dibangunkan bagi mengumpul maklumat perolehan yang dilaksanakan
                              oleh  Agensi  Kerajaan  dan  Badan  Berkanun  Persekutan  (BBP)  melalui  dua  (2)
                              kaedah iaitu kunci masuk dan integrasi dengan sistem berkaitan perolehan sedia
                              ada. MyGPIS mengumpulkan data melalui kaedah integrasi dengan sistem yang
                              dikendalikan  oleh  Kementerian  Kewangan  seperti  ePerolehan,  Electronic
                              Government  Procurement  Application  (eGPA)  dan  Portal  MyPROCUREMENT,
                              serta  sistem  berkaitan  perolehan  di  bawah  kendalian  Agensi  Kerajaan  seperti
                              Government  Financial  and  Management  Accounting  System  (iGFMAS)  oleh
                              Jabatan Akauntan Negara, Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (CIMS) oleh
                              Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Sistem Kawal dan Lapor
                              (SKALA) oleh Jabatan Kerja Raya dan Sistem Pemantauan Projek (MyProjek) oleh
                              Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri..

                       2.6.3  Penyelia  di  peringkat  Kementerian/  Jabatan/  PTJ  hendaklah  dilantik  dan
                              bertanggungjawab memantau kemasukan dan kesahihan data yang direkodkan ke
                              dalam myGPIS., Agensi  dikehendaki:







                                                                                                          112
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118