Page 108 - APP KKR 2023
P. 108

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        1       PENGENALAN PEROLEHAN

               1.1     Perolehan  bekalan/  perkhidmatan  hendaklah  diuruskan  dengan  cekap,  teratur  dan
                       sempurna  mengikut  peraturan dan tatacara  perolehan  Kerajaan  yang  sedang  berkuat
                       kuasa iaitu:
                       1.1.1  Pekeliling Perbendaharaan PK 1  :    Punca  Kuasa,  Prinsip  dan  Dasar  Perolehan
                              Kerajaan

                       1.1.2  Pekeliling Perbendaharaan PK 2  :    Kaedah Perolehan Kerajaan

                       1.1.3  Pekeliling Perbendaharaan PK 3  :    Perolehan Perunding

                       1.1.4  Pekeliling Perbendaharaan PK 4  :  Pentadbiran  Kontrak  Dalam  Perolehan
                              Kerajaan

                       1.1.5  Pekeliling Perbendaharaan PK 5  :     Perolehan Secara Elektronik

                       1.1.6  Pekeliling Perbendaharaan PK 6  :      Kemudahan  Pembiayaan  Dalam  Perolehan
                              Kerajaan

                       1.1.7  Pekeliling Perbendaharaan PK 7  :  Pengecualian  Daripada  Tatacara  Perolehan
                              Kerajaan

                       1.1.8  Pekeliling Perbendaharaan PK 8  :    Tindakan  Tatatertib  Ke  Atas  Syarikat  Dalam
                              Perolehan Kerajaan

                       1.1.9  Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Bilangan 3 Tahun
                              2009: Garis Panduan Perlaksanaan Pengurusan Nilai (Value Management)

               1.2     Pengurusan Nilai (Value Management) perlu dilaksanakan bagi program dan projek yang
                       bernilai RM50 juta ke atas. Walau bagaimanapun, Kementerian dan Agensi digalakkan
                       menggunakan  pendekatan  Pengurusan  Nilai  bagi  projek  yang  kurang  dari  RM50  juta
                       dengan syarat ianya tidak menjejaskan pelaksanaan projek berkenaan. Di samping itu, Unit
                       Perancang  Ekonomi,  Jabatan  Perdana  Menteri  (UPE,  JPM)  boleh  menetapkan
                       penggunaan pendekatan ini bagi mana-mana program dan projek yang difikirkan sesuai.

               1.3     Semua  PTJ  yang  eP-enabled  hendaklah  memastikan  penggunaan  sistem  ePerolehan
                       (eP) sepenuhnya bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan bukan perunding dilaksanakan
                       melalui sistem eP selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK5.1.

               1.4     Bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan bukan bermasa yang bernilai melebihi RM500,000
                       PTJ hendaklah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dan disusuli dengan dokumen
                       kontrak komprehensif dalam tempoh empat (4) bulan selepas SST ditandatangan balas
                       oleh syarikat. Walau bagaimanapun, sekiranya pembayaran  dibuat secara  one-off dan
                       tempoh  kontrak  tidak  melebihi  empat  (4)  bulan,  PTJ  adalah  dibenarkan  untuk
                       mengeluarkan  SST  tanpa  dokumen  kontrak  tertakluk  telah  mendapat  persetujuan

                                                                                                          107
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113