Page 103 - APP KKR 2023
P. 103

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


               20.11  Melaksanakan  simulasi  larian  gaji  sehingga  error  free  (tiada  isu  data)  semasa  larian
                       simulasi selesai, sebelum mengemukakan data tersebut melalui sistem kepada AO dan
                       Pegawai Peraku bertanggungjawab menyemak Laporan Simulasi Payroll.

               20.12  Penyedia  pada  Sistem  HCM  iGFMAS  hendaklah  mengunci  masuk  maklumat  Borang
                       Perubahan  Gaji  (Kew.320-Pin.  1/2019)  yang  telah  disahkan.  Pastikan  maklumat  yang
                       dikunci masuk tepat dan betul.

               20.13  Pegawai  Penyemak  pada  Sistem  HCM  iGFMAS  bertanggungjawab  menyemak  dan
                       mengesahkan Laporan Edit Pembayaran Gaji dengan Borang Perubahan Gaji (Kew.320-
                       Pin. 1/2019) bagi memastikan maklumat yang dikunci masuk tepat dan betul.

               20.14  Pegawai Peraku pada Sistem HCM iGFMAS hendaklah melaksanakan simulasi larian gaji
                       sehingga  error  free  (tiada  isu  data)  semasa  larian  simulasi  selesai,  sebelum
                       mengemukakan  data  tersebut  melalui  sistem  kepada  AO  dan  bertanggungjawab  juga
                       untuk menyemak Laporan Simulasi Payroll.

               20.15  Gred jawatan bagi peranan di Sistem HCM iGFMAS adalah seperti berikut:

                                           Peranan         Gred Jawatan
                                           Penyedia        Gred 19 hingga 22
                                           Penyemak        Gred 22 dan ke atas
                                           Peraku          Gred 26 dan ke atas

               20.16  Ketua  Jabatan  bertanggungjawab  memastikan  jumlah  potongan  emolumen  tidak
                       menyebabkan pegawai awam berada dalam keterhutangan kewangan yang serius dan
                       memastikan  Peraturan  Pendapatan  Bersih  Pegawai  Awam  perlu  berada  sekurang-
                       kurangnya pada paras minima 40%.

               20.17  Ketua Jabatan dan pegawai awam adalah bertanggungjawab bagi memastikan pegawai
                       awam  mempunyai  had  pendapatan  bersih  minimum  40%.  Pemantauan  boleh
                       dilaksanakan melalui kaedah berikut:
                       i.  Semakan kepada Laporan Senarai Peratus Potongan Melebihi Pendapatan (ZRPY069)
                         secara bulanan;
                       ii.  Kawalan  ke  atas  proses  kelulusan  permohonan  pinjaman  peribadi  dimana  hanya
                         pegawai  yang  diberi  kebenaran  sahaja  yang  boleh  meluluskan  borang  permohonan
                         pinjaman peribadi;
                       iii. Mengadakan mesyuarat khas secara berkala atau melalui platform mesyuarat sedia
                         ada  bagi  memantau  dan  memastikan  tugasan,  prestasi  dan  kualiti  perkhidmatan
                         pegawai awam yang mempunyai had pendapatan bersih kurang dari paras minimum
                         40% tidak terjejas, atau terlibat dengan salah laku dan penyelewengan wang awam;
                       iv. Menasihatkan  pegawai  awam  untuk  menstruktur  semula  pinjaman  peribadi  dan
                         potongan lain;
                       v.  Merujuk pegawai awam ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK); dan



                                                                                                          102
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108