Page 102 - APP KKR 2023
P. 102

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


               20.2  Tarikh emolumen dibayar kepada pegawai awam selaras dengan AP105, seperti jadual
                       yang  diluluskan  oleh  Perbendaharaan  Malaysia  dan  dimaklumkan  oleh  JANM  melalui
                       SPANM Tarikh dan Peraturan Bayaran Gaji yang berkuat kuasa.

               20.3  Semua PTJ bertanggungjawab mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) bagi
                       mewujud, meminda atau membatal maklumat peribadi, emolumen dan potongan (tidak
                       melibatkan pengemaskinian secara automatik) di dalam Sistem Emolumen Berkomputer
                       beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan.

               20.4  Pengasingan  dan  pusingan  tugas  hendaklah  dilaksanakan  bagi  meningkatkan  tahap
                       integriti  dan  ketelusan  proses  bayaran  emolumen  dengan  memastikan  pegawai  yang
                       menyediakan  dokumen  kewangan  hendaklah  berlainan  dengan  pegawai  yang
                       mengesahkan.

               20.5  Memastikan  bayaran  emolumen  adalah  pertanggungan  yang  sepatutnya  kepada  item
                       berikut:
                       i.  Kod Pegawai Pengawal;
                       ii.  Kod Kumpulan PTJ & PTJ Pembayar;
                       iii.  Pusat Pembayar; dan
                       iv.  Program/Aktiviti atau Projek atau akaun yang dinyatakan.

               20.6  PTJ/  PC  hendaklah  memastikan  proses  penyediaan  dokumen  untuk  pembayaran
                       emolumen  dibuat  mengikut  Jadual  Tarikh  Proses  Gaji  yang  ditetapkan  oleh  Pejabat
                       Perakaunan (AO).

               20.7  PTJ  perlu  mengunci  masuk  maklumat  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320–Pin.1/2019)
                       yang telah disahkan ke dalam Sistem Emolumen Berkomputer. Pastikan maklumat yang
                       dikunci masuk tepat dan betul.

               20.8  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320  Pin.1/2019)  perlu  disediakan  oleh  PTJ/  PC  bagi
                       mewujud, meminda atau membatal maklumat peribadi, emolumen dan potongan (tidak
                       melibatkan pengemaskinian secara automatik) di dalam Sistem Emolumen Berkomputer
                       berasaskan dokumen sokongan berkaitan.

               20.9  Penyedia, penyemak dan pengesah perlu memastikan:
                       i.  Maklumat yang dikunci masuk dalam Sistem Emolumen Berkomputer adalah tepat dan
                          betul;
                       ii.  Pengiraan dan amaun bayaran adalah tepat dan betul;
                       iii.  Tarikh mula dan tarikh akhir bayaran adalah tepat dan betul; dan
                       iv.  Ruangan ‘Disahkan/ Disemak/ Disahkan oleh’ PTJ dilengkapkan.

               20.10  Pegawai  Penyemak  bertanggungjawab  menyemak  dan  mengesahkan  Laporan  Edit
                       Pembayaran  Gaji  dengan  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320–Pin.1/2019)  bagi
                       memastikan maklumat yang dikunci masuk tepat dan betul.

                                                                                                          101
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107