Page 97 - APP KKR 2023
P. 97

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                i. Bagi cek/ deraf bank gantian, nombor Resit Rasmi asal (baharu) hendaklah
                                 dijana  dengan  memilih  nombor  Resit  Rasmi  Asal  di  medan  Nombor  Resit
                                 Rasmi Batal.

                                ii.  Bagi  kiriman  wang/  wang  pos  gantian,  pastikan  tindakan  pelarasan  telah
                                 dilaksanakan  oleh  Pejabat  Perakaunan  sebelum  Resit  Rasmi  baharu
                                 disediakan.

                       16.20.3 Jana dan semak Laporan Daftar Cek Tak Laku Dengan Gantian dan Laporan
                                Daftar  Cek  Tak  Laku.  Pastikan  maklumat  cek/  deraf  bank  gantian  telah
                                dikemaskini. Kemaskini maklumat kiriman wang/ wang pos gantian pada Daftar

                                Cek Tak Laku manual.

               16.21  Jika PTJ/ PP dapat mengenal pasti Cek Tak Laku setelah Resit Rasmi dikeluarkan dan
                       sebelum  dimasukkan  ke  dalam  bank,  PTJ/  PP  hendaklah  mengambil  tindakan  untuk
                       membatalkan  Resit  Rasmi  melaui  Baucar  Jurnal  dan  menuntut  penggantian  dengan
                       segera.


               16.22  PTJ/ PP perlu menyediakan Senarai Cek Tak Laku Yang Belum Diganti/ Laporan Daftar
                       Cek Tak Laku untuk menyokong Penyata Tunggakan Hasil seperti pada 30 Jun dan 31
                       Disember setiap tahun seperti di Lampiran E2  dalam  SPANM  Bil.  3 Tahun 2019 dan
                       melaporkannya  kepada  Pegawai  Pengawal  dalam  tempoh  yang  ditetapkan.  Dalam
                       persekitaran Sistem iGFMAS bagi Cek/ Draf Bank Tak Laku, PTJ/ PP boleh menjana dan
                       menyemak Laporan Daftar Cek Tak Laku Tanpa Gantian.


               16.23  PTJ bertanggungjawab untuk melaporkan cek tak laku tersebut di dalam Laporan Akaun

                       Belum Terima ke Bahagian Akaun.


        17     PENGURUSAN BAYARAN BALIK HASIL

               17.1  Bayaran Balik Hasil (BBH) adalah bayaran balik apa-apa terimaan yang telah dikreditkan
                       ke dalam Akaun Hasil Kerajaan selaras dengan Arahan Perbendaharaan - AP87(b).

               17.2  Peruntukan BBH adalah peruntukan yang diterima daripada Jabatan Akauntan Negara
                       Malaysia (JANM) mengikut permohonan yang dibuat oleh Bahagian Akaun.

               17.3  PTJ  perlu  mengemukakan  Borang  Permohonan  berserta  dokumen  sokongan  yang
                       lengkap ke Bahagian Akaun KKR dengan merujuk Lampiran D kepada Surat Pekeliling
                       Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019.


                                                                                                           96
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102