Page 94 - APP KKR 2023
P. 94

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                               16.4.2.1  Resit  Rasmi  hendaklah  disokong  dengan  notis  e-Maklum/
                                          pengesahan      bertulis   yang    diterima    daripada    Pejabat
                                          Perakaunan.

                              16.4.2.2    PTJ/ PP hendaklah menyediakan Resit Rasmi apabila menerima
                                         pengesahan  bertulis  mengenai  transaksi  daripada  Pejabat
                                         Perakaunan.
                               16.4.2.3  Resit Rasmi hendaklah dikeluarkan  oleh PTJ/ PP pada tarikh
                                          terima  notis  e-Maklum/  tarikh  pengesahan  bertulis  daripada
                                          Pejabat Perakaunan
                               16.4.2.4   Penyata Pemungut (Jenis D- Diperakaukan sahaja, Kod Akaun

                                          - A0122101 Wang Tunai Belum Dibankkan) hendaklah disokong
                                          dengan  notis  e-Maklum/  pengesahan  bertulis  yang  diterima
                                          daripada Pejabat Perakaunan.

               16.5  PTJ/ PP hendaklah memastikan Resit Rasmi dikeluarkan kecuali bagi pembayaran yang
                       dibuat oleh pegawai awam dengan cara potongan pada baucar. Jika pembayar hadir

                       sendiri, Resit Rasmi mestilah diserahkan kepadanya dan jika terimaan melalui pos atau
                       penghantar, Resit Rasmi mestilah disediakan pada hari itu juga dan dihantar selewat-
                       lewatnya pada hari bekerja berikutnya.

               16.6  Bagi  terimaan  melalui  EFT,  Resit  Rasmi  hendaklah  disediakan  apabila  menerima
                       pengesahan  bertulis  mengenai  transaksi  daripada  Pejabat  Perakaunan  dan  disokong
                       dengan notis e-Maklum. Resit Rasmi hendaklah dikeluarkan oleh PTJ/ PP pada tarikh

                       terima notis e-Maklum/ tarikh pengesahan bertulis daripada Pejabat Perakaunan.

               16.7  Sekiranya  Resit  Rasmi  asal  tidak  dapat  dikeluarkan  atas  sebab-sebab  teknikal,  Resit
                       Rasmi salinan hendaklah dicap ASAL dan diperaku sah oleh Ketua Jabatan atau pegawai
                       yang menerima Penetapan Kuasa dan Tugas.

               16.8  Selaras dengan AP62, meminda resit adalah dilarang. Jika disebabkan sesuatu, Resit
                       Rasmi  itu  rosak  dan  tidak  boleh  dikeluarkan,  ia  mestilah  jangan  dimusnahkan  tetapi

                       hendaklah dibatalkan dan disimpan. Resit Rasmi hanya boleh dibatalkan oleh pegawai
                       yang diberi Penetapan Kuasa Dan Tugas dan Kebenaran Khusus secara bertulis. Resit
                       Rasmi  batal  tersebut  beserta  salinannya  dan  Laporan  Resit  Rasmi  Batal  hendaklah
                       dikemukakan untuk diaudit.






                                                                                                           93
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99