Page 95 - APP KKR 2023
P. 95

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               16.9  Pembatalan Resit Rasmi asal hendaklah dibuat melalui Baucar Jurnal. Penyedia Baucar
                       Jurnal pembatalan Resit Rasmi hendaklah berbeza dengan pegawai yang mengeluarkan
                       Resit Rasmi.


               16.10  Resit Rasmi asal yang dibatalkan hendaklah ditandakan sebagai BATAL dan salinannya
                       perlu dikemukakan kepada Bahagian Akaun Kementerian semasa mengemukakan DAT
                       bulanan bagi tujuan pengauditan.

               16.11  Juruwang hendaklah memastikan wang tunai/ deraf bank/ wang pos/ kiriman wang/ cek
                       diserahkan  kepada  Penyelia  dengan  amaun  dan  bilangan  yang  betul  seperti  dalam
                       Laporan Serahan Wang.

               16.12  Juruwang hendaklah memastikan serahan terimaan kepada Penyelia dilakukan pada hari
                       terimaan dibuat.


               16.13  Penyelia hendaklah menyemak dan memperakui ketepatan serahan terimaan dengan

                       menurunkan tandatangan pada Laporan Serahan Wang.

               16.14  Penyata  Pemungut  hendaklah  disediakan  dan  dibuat  Peraku  I  dan  Peraku  II  seperti
                       berikut:
                       16.14.1 Penyata Pemungut Jenis C – Pungutan Diperbankkan dan Diperakaunkan (bagi
                                terimaan di kaunter/ mel)


                       16.14.2 Penyata  Pemungut  Jenis  D  –  Pungutan  yang  Diperakaunkan  Sahaja  (bagi
                                terimaan EFT)

               16.15  Semua  terimaan  di  kaunter/  mel  hendaklah  dimasukkan  ke  bank  dengan  membawa
                       bersama Penyata Pemungut (Jenis C) yang telah dibuat Peraku I dan Peraku II seperti
                       berikut:
                       16.15.1 Hari yang sama bagi terimaan wang kertas dan duit syiling melebihi RM500;


                       16.15.2 Hari yang sama bagi jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit syiling, deraf
                                bank, wang pos, kiriman wang, cek) melebihi RM2,000; atau

                       16.15.3 Tidak lewat satu  (1) minggu  dari tarikh terima bagi cek yang berjumlah tidak
                                melebihi RM2,000.





                                                                                                           94
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100