Page 93 - APP KKR 2023
P. 93

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       15.2.3  Selepas Mendapatkan Kelulusan Pemusnahan:
                                i.  Semua rekod kewangan dan perakaunan yang telah diluluskan pemusnahan
                                   hendaklah  dimusnahkan  dalam  tempoh  tiga  (3)  bulan  dari  tarikh  surat
                                   kelulusan.

                                ii.  Musnahkan  rekod  kewangan  dan  perakaunan  berdasarkan  garis  panduan
                                   yang  telah  ditetapkan  oleh  surat  Kementerian  Kewangan  rujukan  KB
                                   557/97/54 Jld. 4(47) bertarikh 3 November 1993. Kaedah pemusnahan rekod
                                   sama  ada  dirincih,  dijual  atau  ditanam  boleh  digunakan  manakala  kaedah
                                   dibakar perlu mematuhi peraturan berkaitan alam sekitar yang berkuat kuasa.
                                   Penggunaan mesin "incinerator" digalakkan bagi memastikan semua rekod
                                   musnah sepenuhnya.

                                iii.  Kemukakan  Borang  Penentusahan  Rekod  Kewangan  dan  Perakaunan
                                   (Kewangan  -  Arkib  13/08)  kepada  Arkib  Negara  Malaysia,  Jabatan  Audit
                                   Negara dan Bahagian Akaun, Kementerian Kerja Raya dalam tempoh satu (1)
                                   bulan selepas pemusnahan dilaksanakan.


          16  PENGURUSAN TERIMAAN

               16.1  PTJ/  PP  hendaklah  memastikan  hanya  pegawai  yang  diberi  Penetapan  Kuasa  Dan
                       Tugas oleh Pegawai Pengawal di bawah AP11 dan Kebenaran Khusus Secara Bertulis
                       sahaja  yang  dibenarkan  untuk  menjalankan  tugas  berkaitan  tatacara  pengurusan
                       terimaan.

               16.2  Pengasingan  dan  pusingan  tugas  hendaklah  dilaksanakan  bagi  meningkatkan  tahap
                       integriti dan ketelusan proses terimaan.


               16.3  PTJ/  PP  hendaklah  memastikan  invois  dikeluarkan  kepada  pelanggan  bagi  transaksi
                       jualan/ perkhidmatan yang diberikan di mana terimaan akan diperakaunkan kepada kod
                       akaun hasil selaras dengan MPSAS 9 Hasil Daripada Urus Niaga Pertukaran.

               16.4  Kaedah terimaan yang dilaksanakan di KKR adalah seperti berikut:

                       16.4.1  Kutipan di kaunter/ secara mel
                               Terimaan yang diterima melalui saluran kaunter atau mel (pos atau penghantar)
                               menggunakan mod terimaan seperti tunai, deraf bank/ banker’s cheque, kiriman
                               wang, wang pos dan cek (Cek Persendirian adalah tidak dibenarkan).

                       16.4.2  Pindahan Dana Elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) oleh Agensi
                               Kerajaan



                                                                                                           92
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98