Page 96 - APP KKR 2023
P. 96
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
16.16 Sekiranya wang lewat diterima, urusan kemasukan wang ke bank hendaklah dilakukan
pada hari bekerja berikutnya dan wang hendaklah disimpan dengan selamat selaras
dengan AP126 dan AP131.
16.17 PTJ/ PP hendaklah memastikan pada hari terakhir bekerja dalam bulan tersebut,
semua terimaan tanpa mengambil kira jumlah telah dimasukkan ke bank.
16.18 PTJ/ PP diingatkan untuk membuat semakan terhadap cek, draf bank, wang pos dan
kiriman wang yang diterima bagi mengelakkan berlakunya Cek Tak Laku (CTL). Perkara-
perkara yang perlu disemak adalah seperti berikut:
i. Tarikh cek dalam tempoh sah laku (Post Dated Cheque tidak dibenarkan);
ii. Nama Jabatan/ Kementerian adalah betul;
iii. Amaun dalam perkataan dan angka adalah sama;
iv. Mempunyai tandatangan;
v. Tiada sebarang pindaan;
vi. Tidak rosak atau koyak;
vii. Cek dipalang “Akaun Penerima Sahaja”; dan
viii. Pastikan di belakang cek/ deraf bank/ wang pos/ kiriman wang telah dicatatkan
maklumat Kod Kumpulan PTJ & PTJ serta nama dan nombor telefon pembayar.
16.19 Sekiranya berlaku Cek Tak Laku, PTJ/ PP hendaklah mengambil tindakan berikut:
i. Cetak Resit Rasmi Batal Cek Tak Laku/ Draf Bank dan sediakan surat tuntutan;
ii. Hubungi pembayar/ pelanggan bagi memaklumkan mengenai Cek Tak Laku dan
pembatalan Resit Rasmi Asal. Kemukakan Surat tuntutan dan Resit Rasmi Batal
kepada pembayar/pelanggan bagi mendapatkan gantian;
iii. Mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera untuk mendapatkan cek/ draf
bank/ kiriman wang/ wang pos gantian tidak lewat tujuh (7) hari; dan
iv. Menyelenggara Daftar Cek Tak Laku untuk merekod dan mengenalpasti tunggakan
yang disebabkan oleh Cek Tak Laku.
16.20 Apabila cek/ deraf bank/ kiriman wang/ wang pos gantian diperolehi, PTJ/ PP perlu
mengambil tindakan berikut:
16.20.1 Bayaran gantian oleh Pelanggan hendaklah dibuat dalam amaun penuh CTL dan
boleh dibuat penggantian dengan mod terimaan yang berbeza.
16.20.2 Mengakaunkan cek gantian mengikut proses kutipan:
95