Page 92 - APP KKR 2023
P. 92

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                i.  Kenal  pasti  semua  rekod  lama  yang  disimpan  di  pejabat  dan  asingkan  di
                                   antara rekod kewangan dan perakaunan dengan rekod bukan kewangan atau
                                   rekod am. Bagi rekod am, rujuk dengan Arkib Negara Malaysia berhubung
                                   prosedur pelupusan.

                                ii.  Asingkan  rekod  kewangan  dan  perakaunan  berdasarkan  jenis  dan  tahun
                                   penyelesaian.  Pastikan  rekod  tersebut  telah  selesai  tindakan  dan  tidak
                                   diperlukan untuk tujuan pengauditan atau keperluan siasatan.

                                iii.  Kenal  pasti  rekod  yang  telah  mencapai  tempoh  minimum  penyimpanan
                                   dengan  merujuk  kepada  Lampiran  M  kepada  Arahan  Perbendaharaan  -
                                   AP150,  Jadual  Pelupusan  Rekod  Kewangan  dan  Perakaunan  atau  Jadual
                                   Pelupusan  Rekod  Jabatan  (sekiranya  ada).  Sediakan  senarai  rekod
                                   kewangan  dan  perakaunan  yang  di  cadang  untuk  permohonan  kelulusan
                                   pemusnahan.  Gunakan  Borang  Kewangan  -  Arkib  04/08  (Borang
                                   Permohonan Bagi Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan).

                                iv.  Kemukakan  permohonan  pemusnahan  kepada  Arkib  Negara  Malaysia  dan
                                   Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan surat kebenaran/ sokongan.

                                v.  Kemukakan  permohonan  pemusnahan  kepada  Suruhanjaya  Pencegah
                                   Rasuah  Malaysia  dan  pengurusan  audit  dalam  Kementerian  bagi
                                   mendapatkan surat kebenaran/ sokongan (sekiranya perlu).

                       15.2.2  Permohonan Kelulusan Pemusnahan:
                                i.  Kemukakan semua dokumen berikut kepada Bahagian Akaun Kementerian
                                   Kerja Raya bagi mendapatkan kelulusan:
                                   a)  Surat permohonan;
                                   b)  Senarai rekod  kewangan  dan perakaunan yang  hendak  dimusnahkan  -
                                       Borang Kewangan - Arkib 04/08;
                                   c)  Salinan surat kebenaran/ sokongan dari Arkib Negara Malaysia (wajib);
                                   d)  Salinan surat kebenaran/ sokongan dari Jabatan Audit Negara (wajib); dan
                                       /atau
                                   e)  Salinan surat kebenaran/ sokongan dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah
                                       Malaysia, Audit Dalam Kementerian atau lain-lain agensi (jika ada).

                                ii.  Semua  permohonan  pemusnahan  rekod  kewangan  dan  perakaunan
                                   hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:
                                   Bahagian Akaun, (u.p.: Seksyen Pemantauan Dan Naziran)
                                             Tingkat 1, Blok A, Kompleks Kerja Raya,
                                   Jalan Sultan Salahuddin,
                                   50530 Kuala Lumpur

                                iii.  Bahagian  Akaun,  Kementerian  Kerja  Raya  akan  memproses  permohonan
                                   pemusnahan dan surat kelulusan  akan  dikeluarkan dalam tempoh sepuluh
                                   (10) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima


                                                                                                           91
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97