Page 88 - APP KKR 2023
P. 88
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
13.13 Penutupan Bulanan Panjar
13.13.1 PTJ adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua perbelanjaan yang
menggunakan Baucar Kecil Kew.50e disempurnakan sehingga Peraku 1 dalam
bulan yang sama.
13.13.2 Semua Baucar Kecil Kew.50e hendaklah diselesaikan sehingga tindakan
penerimaan rekupmen pada setiap bulan terutamanya pada penutupan interim
September 2022 dan penutupan akhir tahun Disember 2022.
13.13.3 PTJ dikehendaki untuk menyemak Laporan Senarai Dokumen Bagi Proses Panjar
Belum Selesai pada setiap bulan untuk menyemak sama ada masih terdapat
transaksi Panjar yang masih belum selesai.
13.13.4 Pastikan semua Baucar Kecil Kew.50e telah selesai diproses sehingga Peraku 1
pada bulan yang sama. Baucar Kecil Kew.50e yang tidak sempat diproses dalam
bulan yang sama iaitu pada hari terakhir bekerja bulan semasa, ia perlu
dihapuskan dan diproses semula pada bulan baharu.
13.13.5 Buku Wang Runcit hendaklah dicetak dan difailkan pada setiap bulan. PTJ
hendaklah pastikan baki Buku Wang Runcit adalah bersamaan dengan wang
tunai di tangan.
13.14 Hari Pertama Bekerja Bulan Berikutnya
13.14.1 Kunci masuk semula Baucar Kecil Kew.50e yang telah dihapuskan tadi mengikut
tarikh bulan semasa. Pastikan setiap Baucar Kecil Kew.50e di Peraku I sebelum
hari terakhir bekerja bulan tersebut.
13.15 Penutupan Akhir Tahun
13.15.1 PTJ hendaklah pastikan semua transaksi PWR telah selesai dan disempurnakan
sepenuhnya.
13.15.2 PTJ perlu menjana dan mencetak empat (4) Sijil Perakuan Panjar mulai 31
Disember 2023 melalui portal iGFMAS. Sijil Perakuan Panjar hendaklah
ditandatangan oleh pegawai yang diberi kuasa dan dicap rasmi Jabatan dan
dikemukakan ke Bahagian Akaun sebelum atau pada tarikh yang akan ditetapkan
dalam surat penutupan akaun.
87