Page 86 - APP KKR 2023
P. 86

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023



























                       13.10.6  PTJ  adalah  dinasihatkan  untuk  membuat  Perakuan  II  Baucar  Arahan
                                Pembayaran  Rekupmen  Panjar  selewat-lewatnya  lima  (5)  hari  sebelum
                                penutupan akaun bulanan (hari terakhir bekerja pada bulan tersebut).

               13.11  Penerimaan rekupmen

                       13.11.1  PTJ boleh memungut wang tunai rekupmen panjar di kaunter bank seawal tiga
                                (3) hari selepas tarikh EFT dan selewat-lewatnya empat belas (14) hari dari tarikh
                                EFT  dengan  membawa  bersama  Laporan  Perincian  Bayaran  iGFMAS  dari
                                sistem eMaklum dan juga kebenaran pegawai untuk menunaikan wang.

                       13.11.2  Sekiranya tiada Laporan Perincian Bayaran iGFMAS di dalam sistem eMaklum,
                                PTJ  boleh  memohon  kepada  Bahagian  Akaun  untuk  mengeluarkan  surat
                                Perincian Bayaran iGFMAS secara emel dengan menyertakan salinan Arahan
                                Pembayaran Rekupmen Panjar.

                       13.11.3  Dalam keadaan biasa, PTJ akan menerima notifikasi emel dari sistem eMaklum
                                bagi tujuan memungut wang tunai rekupmen panjar di kaunter bank. Sila cetak
                                Laporan  Perincian  Bayaran  iGFMAS  dari  sistem  eMaklum  (seperti  contoh  di
                                bawah)  dan  bawa  ke  kaunter  bank  bersama  dua  (2)  salinan  Arahan
                                Pembayaran  Rekupmen  Panjar.  Cetakan  notifikasi  dari  emel  tidak  boleh
                                digunakan untuk memungut wang rekupmen panjar di kaunter bank.












                                                                                                           85
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91