Page 81 - APP KKR 2023
P. 81

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       iklan  oleh  syarikat  yang  terkesan  dengan  impak  pandemik  menyebabkan  kemampuan
                       syarikat menjelaskan sewaan terjejas.

                       Berikut  adalah  langkah-langkah  yang  diambil  oleh  PTJ  dalam  memastikan  ABT  bagi
                       sewaan ini dapat dikawal dan dikutip:
                       12.7.1 Kelulusan  akan  terbatal  secara  automatik  sekiranya  pihak  syarikat  gagal
                              menjelaskan caj sewaan selepas dua (2) bulan daripada tempoh kelulusan tahun
                              berikutnya.  Pihak  Kementerian/  JKR  boleh  mengambil  tindakan  selaras  dengan
                              Seksyen 84, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mana-mana struktur yang telah
                              ditamatkan  kelulusan  dengan  kerjasama  Pihak  Berkuasa  Tempatan  (PBT)
                              berkaitan.

                       12.7.2 Pihak Kementerian merampas jaminan bank pihak syarikat sebagai ganti
                              kegagalan pihak syarikat menjelaskan caj sewaan tahun berikutnya.

                      12.7.3 Setiap  penghutang  tegar  yang  masih  berdegil  untuk  menjelaskan  tunggakan
                              tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan pemfailan saman mahkamah
                              (Civil Suit) menerusi pejabat PUU, KKR.

                       12.7.4 Surat peringatan dikeluarkan kepada syarikat pengiklanan dalam tempoh tiga (3)
                              ke  empat  (4)  bulan  sebelum  tarikh  tamat  tempoh  sesuatu  iklan  tersebut  agar
                              syarikat  berkenaan  dapat  mengemukakan  permohonan  memperbaharui  sewaan
                              struktur  tersebut  sekiranya  syarikat  masih  berminat  untuk  meneruskan  sewaan
                              tapak tersebut. Satu salinan pemakluman tersebut juga dipanjangkan kepada Pihak
                              Berkuasa  Tempatan  (PBT)  yang  berkenaan  agar  pihak  PBT  maklum  tentang
                              permohonan pembaharuan tempoh tersebut.

                       12.7.5 Syarikat  penghutang  tegar  akan  disenarai  hitam  dan  dilarang  untuk
                              mengemukakan permohonan baru.

                       12.7.6 Sebarang tawaran perlanjutan kelulusan ke atas stuktur sedia ada yang dikeluarkan
                              kepada syarikat mewajibkan syarikat untuk menjelaskan hutang yang tertunggak.

                      12.7.7 Surat peringatan dan tuntutan hutang dikeluarkan secara berkala dalam tempoh tiga
                             (3)  bulan  sekali  kepada  syarikat  penghutang  tegar  agar  menjelaskan  bayaran
                             tertunggak dengan segera.



       13      PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT

               13.1  Panjar Wang Runcit (PWR) merujuk kepada sejumlah wang yang diberi kepada Pegawai
                       Perakaunan  untuk  membolehkannya  membuat  pembayaran  kecil  yang  segera  dan
                       perbelanjaan  runcit  tanpa  mempertanggungkannya  terlebih  dahulu  kepada  sesuatu
                       maksud perbelanjaan.



                                                                                                           80
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86