Page 76 - APP KKR 2023
P. 76

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


                      12.3.2 Penjejasan Nilai dibuat bagi tunggakan ABT yang melebihi 6 tahun atau terdapat
                              peristiwa kerugian yang menyebabkan ABT tersebut tidak dapat dikutip. Peristiwa
                              kerugian  merupakan  keadaan  di  mana  penghutang  gagal  menjelaskan  hutang
                              kepada Kerajaan dan dijangka tidak mampu langsung untuk membayar hutang.
                              Ianya memberi impak kepada jangkaan aliran tunai masuk masa hadapan ABT dan
                              nilai kerugian dapat diukur dengan munasabah. Amaun penjejasan nilai yang perlu
                              dibuat adalah 100% dari amaun ABT tersebut.

                      12.3.3 PTJ hendaklah membuat penilaian peristiwa kerugian dengan menganalisa bukti
                              objektif  peristiwa  kerugian  dan  usaha/tindakan  yang  diambil  bagi  mendapatkan
                              bayaran  daripada  penghutang.  Dokumen  sokongan  berkaitan  perlu  disimpan
                              lengkap.
                      12.3.4  Permohonan  kelulusan  perakaunan  penjejasan  nilai  ABT  perlu  dikemukakan
                               kepada Bahagian Akaun menggunakan borang FAL Lampiran 20 - Garis Panduan
                               Pelaksanaan Perakaunan Akruan Penjejasan Nilai Akaun ABT Hasil.

                      12.3.5  PTJ  hendaklah  memastikan  Laporan  ABT  bulanan  yang  dikemukakan
                               mengambilkira penjejasan nilai yang telah diluluskan.

                      12.3.6  Manakala bagi ABT yang diakaunkan menggunakan kod akaun A0481101 (seperti
                               sewaan  premis dibawah  CDPK,  JKR  &  sewaan  kuarters  dibawah  seliaan  JKR
                               Perlis),  jurnal  pelarasan  DU  perlu  dibuat  bagi  mengakaunkan  penjejasan  nilai
                               seperti berikut:

                                Mengakaunkan amaun penjejasan nilai yang telah diluluskan:
                                Debit  Belanja Penjejasan Nilai ABT Hasil
                                Kredit  Penjejasan Nilai Terkumpul ABT Hasil

                                Kod Akaun Belanjan Penjejasan Nilai   Kod Akaun Penjejasan Nilai Terkumpul
                                ABT Hasil                                ABT Hasil

                                B5974201  Sewa Bangunan                  A5974201  Sewa Bangunan
                                B5974202  Sewa Bangunan Pejabat  A5974202  Sewa Bangunan Pejabat
                                B5974299  Sewa Bangunan Lain             A5974299  Sewa Bangunan Lain
                                B5974999  Bayaran yang Lain              A5974999  Bayaran yang Lain

                        12.3.7 Timbal balik penjejasan nilai hendaklah diperakaunkan apabila berlaku keadaan
                               berikut:

                                i.  Bayaran diterima ke atas ABT Hasil yang telah dibuat penjejasan nilai sama
                                   ada   bayaran diterima pada tahun semasa atau tahun berikutnya; dan
                                ii.  Hapuskira  yang  telah  diluluskan  ke  atas  ABT  Hasil  yang  telah  dibuat
                                   penjejasan nilai.




                                                                                                           75
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81