Page 75 - APP KKR 2023
P. 75
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
i. Mengesan alamat terkini dan status penghutang/ syarikat menerusi agensi–
agensi Kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan
Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lain-
lain;
ii. Mengesan rekod keluar masuk negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia
dan Wisma Putra sekiranya perlu;
iii. Menghantar surat–surat peringatan bayaran hutang kepada alamat
penghutang yang dikenal pasti dengan konsisten dan kerap;
iv. Menyemak status kebankrapan individu atau penggulungan syarikat dengan
Jabatan Insolvensi Malaysia;
v. Mengadakan lawatan ke premis/ alamat penghutang untuk bersemuka dengan
penghutang; dan
vi. Lain-lain usaha yang difikirkan perlu.
12.2.4 Setelah usaha-usaha di atas dibuat dengan giat dan penghutang didapati tidak
memberi maklum balas atau tidak dapat dikesan, kes tersebut perlu dikemukakan
kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian dengan segera supaya tindakan
perundangan dapat diambil sebelum terhalang oleh sekatan had masa selaras
dengan Akta Had Masa 1953 yang berkuat kuasa.
Tempoh Surat Tuntutan/Surat Peringatan
12.2.5 Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan susulan dengan mewujudkan
mekanisme penguatkuasaan dan mengadakan mesyuarat secara berkala di
Bahagian/ Jabatan masing–masing untuk mendapatkan semula jumlah tunggakan
ABT bagi mengelakkan daripada berlaku hutang lapuk.
12.3 PENJEJASAN NILAI ABT
12.3.1 Penjejasan Nilai perlu dibuat ke atas ABT yang melibatkan individu atau perniagaan
/ syarikat yang dijangka tidak dapat dikutip semula. Iaitu nilai anggaran yang di
peruntukkan bagi amaun tunggakan ABT yang mungkin menjadi lapuk.
74