Page 78 - APP KKR 2023
P. 78

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              Semua  permohonan  hapus  kira  hendaklah  dikemukakan  melalui  Bahagian
                              Kewangan  bagi  tujuan  kelulusan  di  peringkat  Pegawai  Pengawal  atau
                              Perbendaharaan Malaysia.

                       12.4.2 Semua permohonan hapus kira hendaklah disemak dan diteliti terlebih dahulu oleh
                              Bahagian  Kewangan.  Sekiranya  usaha  mengesan  penghutang  dan  usaha
                              membuat  kutipan  tidak  dilaksanakan  dengan  intensif  oleh  Bahagian/  Jabatan,
                              maka Bahagian Kewangan berhak menolak permohonan tersebut. Permohonan
                              yang dikemukakan hendaklah bersekali dengan dokumen pembuktian/ sokongan
                              dalam kes pegawai meninggal dunia, diisytiharkan muflis atau yang berkaitan.

                       12.4.3 Semua permohonan hapus kira hendaklah berdasarkan format yang ditetapkan di
                              bawah  Pekeliling  Perbendaharaan  WP  10.3:  Pengurusan  Kehilangan  Dan
                              Hapus Kira Wang Awam.

                       12.4.4 Mana-mana  bayaran  yang  dibuat  bagi  ABT  yang  telah  dihapus  kira  hendaklah
                              mengikut prosedur terimaan yang berkuat kuasa.


               12.5  PELAPORAN ABT KEPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

                       12.5.1 Arahan  Perbendaharaan  -  AP89A(a)  ABT  hendaklah  dilaporkan  oleh  Pegawai
                              Pengawal  kepada  Akauntan  Negara  Malaysia  (ANM)  dan  disalinkan  kepada
                              Perbendaharaan  dan  Ketua  Audit  Negara.  Pelaporan  ABT  hendaklah  mengikut
                              Pekeliling Perbendaharaan WP 10.6 Pengurusan Akaun Belum Terima.

                       12.5.2 Dua  (2)  laporan  ABT  perlu  dikemukakan  KKR  kepada  ANM  melalui  Pegawai
                              Pengawal setiap enam (6) bulan. Bahagian/ Jabatan hendaklah mengemukakan
                              laporan–laporan berkenaan kepada Bahagian Akaun mengikut ketetapan berikut:

                                                      TARIKH AKHIR           TARIKH AKHIR
                                      JENIS                                                           FORMAT
                          BIL                       PENGHANTARAN  PENGHANTARAN
                                   LAPORAN                                                           LAPORAN
                                                          KE BA                  KE ANM
                                 Laporan ABT                                                            Seperti
                                 KKR sehingga                                                        Lampiran A
                           1.                        10 Januari 2023         31 Januari 2023
                                 31 Disember                                                       dalam Pekeliling
                                 2022                                                             Perbendaharaan
                                 Laporan ABT                                                          WP 10.6:
                                 KKR sehingga                                                        Pengurusan
                           2.                          10 Julai 2023           30 Julai 2023
                                 30 Jun 2023                                                        Akaun Belum
                                                                                                        Terima

                       12.5.3  Bahagian/ Jabatan dikehendaki mengemukakan Laporan ABT kepada Bahagian
                               Akaun setiap bulan sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.


                                                                                                           77
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83