Page 82 - APP KKR 2023
P. 82

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               13.2  Pembayaran adalah bagi perbelanjaan rasmi berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam
                       peraturan yang berkuat kuasa.

               13.3  Had  amaun  bagi  apungan  PWR  bagi  setiap  Pusat  Tanggungjawab  (PTJ)  ditetapkan
                       selaras  dengan  Pekeliling  Perbendaharaan  WP  10.8  –  Panduan  Had  Amaun  Panjar
                       Wang Runcit yang berkuat kuasa seperti berikut:

                                             PERINGKAT                       AMAUN (RM)
                               Peringkat Kementerian                               RM5,000
                               Peringkat Ibu Pejabat Jabatan                       RM3,000
                               Pejabat di peringkat Negeri                         RM2,000
                               Pejabat di peringkat Daerah                         RM1,000

               13.4  Permohonan Mewujudkan Akaun Panjar

                       13.4.1  PTJ  mengemukakan  permohonan  mewujudkan  PWR  yang  lengkap  kepada
                                Bahagian Akaun Kementerian dengan memenuhi syarat berikut:
                                i.  Pemegang Panjar adalah berstatus PTJ dan merupakan Pemegang Waran
                                   Peruntukan;
                                ii.  Peruntukan adalah mencukupi (rujuk Laporan Kedudukan Vot/ Dana); dan
                                iii.  Surat  permohonan  yang  mengandungi  maklumat  dan  dokumen  sokongan
                                   berikut:
                                   i.  Kod Kumpulan PTJ & PTJ Membayar;
                                   ii.  Kod Kumpulan PTJ & PTJ Dipertanggung;
                                   iii.  Kod Pejabat Perakaunan;
                                   iv.  Cadangan  had  apungan  PWR  berdasarkan  keperluan  minima  dengan
                                       mengambil kira bahawa rekupmen boleh dibuat lebih daripada satu (1)
                                       kali dalam tempoh sebulan;
                                   v.  Justifikasi permohonan;
                                   vi.  Cadangan nama Pemegang Panjar (Jawatan Ketua PTJ dan nama PTJ);
                                   vii. Anggaran perbelanjaan terperinci sebulan;
                                   viii. Borang Pendaftaran/ Penamatan Penerima Bayaran – iGFMAS;
                                   ix.  Penyataan sokongan daripada Bahagian Akaun Kementerian; dan
                                   x.  Dokumen lain yang berkaitan.

               13.5  Permohonan Penambahan Apungan Panjar

                       13.5.1  Pemegang        Panjar     bertanggungjawab        mengemukakan         permohonan
                                penambahan apungan PWR yang lengkap kepada Bahagian Akaun sekiranya
                                mendapati  amaun  apungan  sedia  ada  tidak  mencukupi  untuk  menampung
                                perbelanjaan Panjar PTJ.

                                                                                                           81
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87