Page 87 - APP KKR 2023
P. 87
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
13.11.4 Setelah PTJ memungut wang tunai rekupmen panjar dari kaunter bank, PTJ
dikehendaki untuk mendaftar penerimaan rekupmen melalui sistem iGFMAS di
menu Panjar-Penerimaan Rekupmen.
13.11.5 Penerimaan rekupmen panjar hendaklah dipertanggungkan kepada kod Akaun
Penyelesaian Panjar (A2911101) dengan kod vot/ dana G000.
13.11.6 Penerimaan rekupmen hendaklah diluluskan dalam bulan yang sama dengan
rekupmen PWR bagi memastikan Akaun Penyelesaian Panjar (A2911101)
sentiasa berbaki sifar pada setiap bulan.
13.11.7 Sekiranya terdapat perubahan alamat emel penerima notifikasi pembayaran
eMaklum, sila lengkapkan Borang Pendaftaran/ Penamatan Penerima Bayaran
iGFMAS seperti di LAMPIRAN XIV Borang yang telah lengkap hendaklah
dikemukakan kepada Bahagian Akaun untuk tindakan selanjutnya.
13.12 Buku Wang Runcit
13.12.1 PTJ dikehendaki untuk mencetak Buku Wang Runcit dari sistem iGFMAS di menu
Panjar-Laporan pada setiap bulan.
13.12.2 PTJ hendaklah menyemak Buku Wang Runcit tersebut dan sentiasa
memastikan wang tunai di tangan sama dengan baki di tangan di Buku Wang
Runcit.
86