Page 89 - APP KKR 2023
P. 89

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        14     PENGHANTARAN DOKUMEN AUDIT TERIMAAN

               14.1  Selaras dengan AP 139, adalah menjadi tanggungjawab Akauntan Jabatan Mengakaun
                       Sendiri memastikan supaya pemantauan dan penyeliaan hasil dilakukan. Sehubungan itu,
                       menjadi tanggungjawab BA Kementerian untuk memastikan PP menghantar DAT dalam
                       tempoh sepuluh (10) hari selepas akhir tiap-tiap bulan (AP 145).

               14.2  Senarai  DAT  yang  perlu  dihantar/muatnaik  secara  serahan  tangan/  e-mel/  faksimili/
                      iAREF adalah seperti berikut:

                       a.  Penyata Pengesahan DAT (setiap bulan) (Kew. 253E Pin 1/18);
                       b.  Resit Kew. 38 (salinan audit - jika ada);

                       c.  Resit Asal yang dibatalkan dan salinan audit Kew. 38 serta Laporan Resit Batal
                           (jika ada);
                       d.  Penetapan  Kuasa  dan  Tugas  Pegawai  Pengawal  Kepada  Pegawai
                           Perakaunan Di Bawah Kawalannya (AP 11) (jika ada perubahan);
                       e.  Senarai Kadar Hasil (jika ada perubahan);

                       f.  Borang Terimaan dan Keluaran Borang-Borang Hasil - Kew. 67 (jika ada);
                       g.  Penyata  Mengenai  Borang-Borang  Hasil  Yang  Dikawal  yang  dicatatkan
                           dengan baki stok Resit Rasmi dan borang kawalan hasil yang lain - Kew. 68
                           (jika ada).

               14.3  Jika  tiada  kutipan  dibuat  dalam  tempoh  tersebut,  dokumen  yang  perlu  dikemukakan
                      secepat mungkin dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas akhir tiap-tiap bulan adalah:

                       a.  Penyata  Pengesahan  DAT  (Kew.  253E  Pin  1/18)  /  Penyata  Terimaan  Bulanan
                           Diserahkan Untuk Audit (Kew. 253-Pin.1/17)
                       b.  Borang Terimaan dan Keluaran Borang-Borang Hasil (Kew. 67)
                       c.  Penyata Mengenai Borang-Borang Hasil Yang Dikawal yang dicatatkan dengan baki
                           stok Resit Rasmi dan borang kawalan hasil yang lain (Kew. 68), dan
                       d.  Buku Tunai Cerakinan yang menunjukkan “Tiada Terimaan”.

               14.4  Resit Rasmi elektronik tidak perlu dikemukakan kepada BA kecuali  Resit Rasmi Asal
                      yang  dibatalkan.  Bagi  PP  yang  menggunakan  Kew.  38,  salinan  audit  juga  perlu
                      dikemukakan.

               14.5  Senarai laporan yang perlu disimpan dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) dan
                      dalam bentuk salinan elektronik (softcopy) oleh PP adalah seperti berikut:






                                                                                                           88
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94