Page 98 - APP KKR 2023
P. 98

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               17.4  Selaras  dengan  AP87(b),  apa-apa  amaun  pulangan  balik  antara  RM1,000  hingga
                       RM50,000 perlu mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal. Manakala pulangan balik
                       bagi  amaun  melebihi  RM50,000  hendaklah  mendapatan  kelulusan  daripada  Ketua
                       Setiausaha Perbendaharaan.

               17.5  Bahagian  Akaun  akan  membuat  semakan  dan  mendapatkan  kelulusan  Pegawai
                       Pengawal/ Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

               17.6  Bagi permohonan dari PTJ di JKR Negeri/ Daerah, Bahagian Akaun akan mengemukakan
                       semula permohonan yang telah diluluskan kepada PTJ untuk tindakan pembayaran oleh
                       Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri/ Cawangan.

               17.7  Bagi PTJ di bawah Pejabat Perakaunan KKR, Bahagian Akaun akan menyediakan Arahan
                       Pembayaran setelah kelulusan diperoleh.


        18     PENGURUSAN BAYARAN

               18.1  PTJ  hendaklah  mematuhi  tatacara  pembayaran  seperti  yang  telah  digariskan  dalam
                       SPANM Bil. 7 Tahun 2018 mengenai Tatacara Pengurusan Bayaran.

               18.2  Bagi membolehkan bayaran dilakukan, PTJ perlu dilengkapi dengan kemudahan portal
                       iGFMAS  beserta  capaian  sistem  iGFMAS  berdasarkan  penurunan  kuasa  AP11  dari
                       Pegawai Pengawal.

               18.3  Prinsip  pengasingan  tugas  hendaklah  dipatuhi  bagi  meningkatkan  tahap  integriti  dan
                       ketelusan  proses  bayaran  serta  penggunaan  token  yang  perlu  dikawal  dan  tidak
                       disalahgunakan.

               18.4  Penggunaan token hendaklah mematuhi Seksyen 43, 44 dan 45 Akta Tandatangan Digital
                       1997 (Akta 562) antaranya:
                      18.4.1  Penggunaan token perlu dikawal dan tidak disalahgunakan.
                      18.4.2  Penggunaan token dan ID pengguna oleh orang lain adalah dilarang;
                      18.4.3  Setiap  pemilik  token  adalah  bertanggungjawab  merahsia  dan  menjaga  kod
                                Personal  Identification  Number  (PIN)  serta  menyimpan  token  di  tempat  yang
                                selamat; dan
                      18.4.4  Dokumen  kewangan  yang  diperaku  dengan  tandatangan  digital  tidak  perlu
                                ditandatangani secara manual pada dokumen cetak (hardcopy).

               18.5  Selaras  dengan  AP  54,  PTJ  bertanggungjawab  memastikan  peruntukan  adalah
                       mencukupi dan bayaran itu dipertanggungkan kepada Program/ Aktiviti atau Projek yang
                       sepatutnya.

               18.6  Pembayaran hanya boleh dilakukan berdasarkan kepada dokumen sokongan yang asal
                       dan perlu disahkan oleh pegawai yang dibenarkan.


                                                                                                           97
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103