Page 100 - APP KKR 2023
P. 100

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               18.12  Semua  PTJ  bertanggungjawab  untuk  menyemak  laporan-laporan  berikut  di  portal
                       iGFMAS pada setiap hujung tahun:
                       i.  Laporan  Pesanan  Kerajaan  -  kenalpasti  status  dokumen  pesanan  kerajaan  untuk
                          tindakan melengkapkan, hapus, atau batal dokumen;
                       ii.  Laporan  Terperinci  Pesanan  Kerajaan  Yang  Telah  Lengkap  -  memastikan  invois
                          diterima daripada pembekal bagi bekalan dan perkhidmatan yang telah diterima; dan
                       iii.  Laporan  Tanggungan  Belum  Selesai  -  kenalpasti  pesanan  yang  mempunyai
                          tanggungan yang belum selesai.

               18.13  Jabatan      Akauntan     Negara     telah    mengeluarkan       surat    arahan    berujukan
                       JANM.BPOPP.600-15/4/13/(4)  bertarikh  29  Mei  2020  berkaitan  kawalan  ke  atas
                       penggunaan kod pembekal – one time vendor (OTV) bagi pembayaran di iGFMAS.

               18.14  Sehubungan dengan itu, PTJ perlu memastikan :

                         i.   Semua Arahan Pembayaran yang dibuat hendaklah menggunakan maklumat Data
                              Induk Pembekal iGFMAS seperti yang ditetapkan dalam Sistem iGFMAS.
                        ii.   Pembayaran kepada penjawat awam yang telah mempunyai kod pembekal EMP
                              TIDAK  menggunakan  kod  pembekal  OTV.  Pegawai  Penyedia,  Peraku  1  dan
                              Peraku 2 bertanggungjawab memastikan perkara ini dipatuhi.
                        iii.   PTJ hendaklah memastikan penggunaan kod OTV hanya terhad kepada kategori
                              OTV yang diwujudkan di dalam julat nombor 10000 hingga 19999 (rujukan MPK
                              iGFMAS: Pengurusan Data Vendor – One Time Vendor (OTV) – MPK VEND-11).
                              Nombor akaun penerima bayaran yang dikunci masuk di dalam medan no akaun
                              bank  bagi  penerima  bayaran  OTV  pada  Arahan  Pembayaran  hendaklah
                              berdasarkan  penyata  bank  yang  disahkan  dan  dilampirkan.  Pegawai  Penyedia,
                              Peraku  1  dan  Peraku  2  bertanggungjawab  memastikan  maklumat  akaun  bank
                              penerima  bayaran  OTV  adalah  bertetapan  dengan  berdasarkan  dokumen
                              sokongan yang dilampirkan.
                        iv.   Pejabat Perakaunan perlu menyemak lanjut dengan PTJ dan mengkuiri (sekiranya
                              perlu)  bagi  mana-mana  perihal  yang  melibatkan  pembayaran  kepada  penjawat
                              awam (contoh: gaji / elaun / tuntutan perjalanan / elaun lebih masa dan lain-lain)
                              yang  telah  mempunyai  maklumat  kod  pembekal  EMP,  namun  PTJ  masih
                              menggunakan kod pembekal OTV.

               18.15  Pemakluman pengwujudan kod vendor agensi pukal baharu bagi SPANCO Sdn Bhd (CA
                       2) telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2022 dimana tempoh bagi konsesi ini adalah bagi
                       tempoh 15 tahun yang akan berakhir 31 Julai 2037.

               18.16  Konsesi SPANCO CA 2 ini berbeza  dengan sebelum ini di mana ianya diperakaunkan
                       sebagai  Pajakan  Kewangan  dan  akan  menggunakan  kod  vendor  yang  baharu  iaitu
                       2000000039.    Sehubungan  itu,  semasa  mewujudkan  akaun  pukal  bagi  kenderaan
                       tersebut, berikut adalah kod akaun yang akan terlibat:




                                                                                                           99
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105