Page 105 - APP KKR 2023
P. 105

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


               20.26  Bagi pertukaran pegawai yang melibatkan pejabat perakaunan yang berlainan pula:
                       20.26.1  Bahagian/  Unit  Kewangan  hendaklah  menyediakan  Borang  Perubahan  Gaji
                               (Kew.320 Pin.1/2019) dan mengemaskini dalam Sistem Emolumen Berkomputer
                               beserta dokumen sokongan lengkap tidak lewat daripada lima (5) hari bekerja
                               dari  tarikh  Penyata  Perubahan  Mengenai  Pendapatan  Seseorang  Pegawai
                               (Kew.8-Pin.10/96)  dan  Penyata  Mengenai  Peribadi,  Perkhidmatan  dan  Gaji
                               (PR.JPA  2-Pin.1/96)  tanpa  menunggu  tempoh  dua  (2)  bulan  gaji  berikutnya.
                               Pastikan maklumat adalah tepat dan betul.

               20.27  Ketua  Jabatan  bertanggungjawab  memastikan  lebihan/  kurangan  bayaran  emolumen
                       (sekiranya  berlaku)  diambil  tindakan  pembetulan/  kutipan  bayaran  balik  emolumen
                       segera.

               20.28  Potongan Bagi Bayaran Balik Terlebih Emolumen
                       (i)  PTJ/ PC hendaklah mengutip Bayaran Balik Terlebih Emolumen sama ada melalui
                          bayaran penuh atau Pendahuluan Diri bagi bayaran secara ansuran.

                       (ii) Pastikan Emolumen Terlebih Bayar direkodkan sebagai Akaun Belum Terima (ABT)
                          dan bayaran balik emolumen terlebih bayar hendaklah direkodkan dalam daftar yang
                          telah ditetapkan.  PTJ/  PC  hendaklah  memastikan  rekod  ABT  diselenggara  dengan
                          baik  selaras  dengan  SPANM  Tatacara  Pengurusan  Terimaan  yang  berkuat  kuasa.
                          ABT bagi emolumen terlebih bayar hendaklah direkodkan dalam kategori ABT Hutang-
                          hutang Lain.

               20.29  Mendapatkan Balik Pembayaran Terlebih Emolumen Dengan Ansuran
                       (i)  Selaras dengan Pindaan AP327(b) pembayaran balik emolumen terlebih bayar secara
                          ansuran bulanan boleh dibenarkan setelah mendapat kebenaran Pegawai Pengawal
                          dengan  syarat  bayaran  balik  sepenuhnya  dilakukan  dengan  secepat  mungkin  dan
                          tidak lewat dari enam bulan (60) bulan selepas bayaran itu diketahui atau sebelum
                          pegawai itu meninggalkan perkhidmatan Kerajaan mengikut mana yang lebih awal.

                       (ii) Pegawai boleh membuat pembayaran balik melebihi enam bulan (60) bulan selepas
                          mendapat  kelulusan  Ketua  Setiausaha  Perbendaharaan  atau  Pihak  Berkuasa
                          Kewangan Negeri, mengikut mana yang berkenaan.

                       (iii) Setelah  kelulusan  diperolehi,  permohonan  pendahuluan  diri  hendaklah  dilakukan
                          daripada  Akaun  Kumpulan  Wang  Pendahuluan  Diri  (Pegawai  Awam)  atas  nama
                          pegawai  berkenaan  bagi  melaraskan  akaun  gaji.  Ansuran  bulanan  hendaklah
                          dikreditkan  kepada  Akaun  Kumpulan  Wang  Pendahuluan  Diri  pegawai  berkenaan
                          selaras dengan SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran berkuat kuasa.

                       (iv) Proses  bayaran  balik  pendahuluan  diri  melalui  Sistem  Emolumen  Berkomputer
                          dilaksanakan  diperingkat  Bahagian  Akaun,  Kementerian.  Rujuk  MPK  Loans
                          Management System (LMS) – Employee’s Loan And Advance (LMS-ELA). Bahagian/




                                                                                                          104
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110