Page 104 - APP KKR 2023
P. 104

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       vi. Menyediakan  kawalan  dalaman  untuk  memantau  dan  memastikan  pegawai  awam
                         mempunyai had pendapatan bersih minimum 40%.

               20.18  Bahagian/  Unit  Sumber  Manusia  di  PTJ/  PC  tempat  pegawai  baharu  ditugaskan
                       hendaklah  memastikan  pegawai  lantikan  baharu  tersebut  mengemukakan  semua
                       dokumen  sokongan  yang  lengkap  seperti  di  Lampiran  A4  (SPANM  Bilangan  1  Tahun
                       2020)  dalam  tempoh  dua  (2)  hari  bekerja  dari  tarikh  melapor  diri  di  tempat  bertugas
                       (penempatan)  bagi  keperluan  pembayaran  gaji  dan  mengelakkan  kelewatan  proses
                       bayaran gaji.

               20.19  Bahagian/ Unit Sumber Manusia hendaklah menyediakan Penyata Perubahan Mengenai
                       Pendapatan  Seseorang  Pegawai  (Kew.8-Pin.10/96)  dan  Penyata  Mengenai  Peribadi,
                       Perkhidmatan dan Gaji (PR. JPA 2-Pin.1/96) Lampiran A3 (SPANM Bilangan 1 Tahun
                       2020) dan menyerahkan dokumen sokongan kepada Bahagian/ Unit Kewangan dalam
                       tempoh  lima  (5)  hari  bekerja  daripada  dokumen  lengkap  diterima  daripada  pegawai
                       melapor diri.

               20.20  PTJ/  PC  bertanggungjawab  mewujudkan  nombor  gaji  bagi  pegawai  lantikan  baharu
                       semasa proses ‘kemasukan baharu’.

               20.21  Bagi  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320  Pin.1/2019)  yang  tidak  dapat  diproses  dalam
                       Regular Cycle, perubahan gaji tersebut perlu dikemaskini dan diproses melalui Late Cycle
                       bagi membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan tersebut.

               20.22  PTJ/ PC hendaklah memastikan pembayaran gaji kepada semua pegawai lantikan baharu
                       bagi bulan kedua bertugas diproses dan dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer.
                       Walau bagaimanapun, pembayaran melalui Arahan Pembayaran (Kew.330E/330) boleh
                       dibenarkan dengan justifikasi yang kukuh dan mendapat kelulusan AO.

               20.23  Pembayaran gaji bagi pekerja bergaji hari hendaklah diproses pada 1 hari bulan atau hari
                       bekerja  pertama  bulan  berikutnya.  Tarikh  pembayaran  gaji  melalui  Sistem  Gaji
                       Berkomputer adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

               20.24  Semua  PTJ  bertanggungjawab  memastikan  bayaran  dibuat  kepada  Kumpulan  Wang
                       Simpanan  Pekerja  (KWSP)  sekiranya  menggunakan  Arahan  Pembayaran  yang
                       melibatkan  caruman  KWSP  supaya  Akaun  Penyelesaian  Gaji  (L1311903)  dapat
                       dikosongkan pada setiap bulan.

               20.25  Bagi pertukaran pegawai yang melibatkan pejabat perakaunan yang sama:
                       20.25.1  Bahagian/  Unit  Kewangan  hendaklah  menyediakan  Borang  Perubahan  Gaji
                               (Kew.320 Pin.1/2019) dan mengemaskini dalam Sistem Emolumen Berkomputer
                               beserta dokumen sokongan lengkap tidak lewat daripada lima (5) hari bekerja
                               dari  tarikh  Penyata  Perubahan  Mengenai  Pendapatan  Seseorang  Pegawai
                               (Kew.8-Pin.10/96)  dan  Penyata  Mengenai  Peribadi,  Perkhidmatan  dan  Gaji
                               (PR.JPA  2-Pin.1/96)  tanpa  menunggu  tempoh  dua  (2)  bulan  gaji  berikutnya.
                               Pastikan maklumat adalah tepat dan betul.


                                                                                                          103
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109