Page 106 - APP KKR 2023
P. 106

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                          Unit Kewangan hendaklah menyemak dan memastikan potongan gaji pegawai awam
                          berjaya dilaksanakan.

               20.30 Mendapatkan Balik Bayaran Terlebih Emolumen Dengan Bayaran Penuh
                       (i)  Bayaran Balik Emolumen Terlebih Bayar Dengan Bayaran Penuh boleh dikutip melalui
                          saluran terimaan kaunter atau potongan gaji pada amaun penuh.

                       (ii)  Jika melalui potongan gaji pada amaun penuh, Bahagian/ Unit Kewangan hendaklah
                           menyediakan  Borang  Perubahan  Gaji  (Kew.320  Pin.1/2019)  dan  mengemaskini
                           dalam Sistem Emolumen Berkomputer berserta dokumen sokongan lengkap.

               20.31  Sekiranya terdapat arahan tahan gaji yang dimohon oleh PTJ di bank, penahanan gaji
                      hanya  dibuat  bagi  gaji  bersih  pegawai.  PTJ/PC  adalah  bertanggungjawab  membuat
                      kutipan potongan yang telah dibuat kepada agensi potongan gaji daripada pegawai awam
                      yang  terlibat  dan  direkodkan  sebagai  Akaun  Belum  Terima  (ABT)  tertakluk  kepada
                      SPANM Tatacara Pengurusan Terimaan yang berkuat kuasa.


          21  PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2023

               21.1  Ketua Jabatan hendaklah sentiasa memastikan tidak berlaku sebarang perbelanjaan tanpa
                     peruntukan atau perbelanjaan melebihi peruntukan. Semua pembayaran bagi tahun 2023
                     mestilah diselesaikan dalam tahun kewangan 2023 juga.

               21.2  Ketua  Jabatan  hendaklah  mematuhi  tarikh-tarikh  yang  telah  ditetapkan  oleh  Bahagian
                       Akaun bagi melancarkan penutupan akaun interim dan akhir tahun.
























                                                                                                          105
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111