Page 109 - APP KKR 2023
P. 109

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       daripada Pegawai  Pengawal seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan
                       PK 4.2, Perenggan  4.1.

               1.5     Bagi  semua  perolehan  bermasa  bekalan/  perkhidmatan  atau kerja  tidak  kira nilainya,
                       hendaklah dikeluarkan SST dan disusuli dengan dokumen kontrak  komprehensif  dalam
                       tempoh  empat  (4)  bulan  selepas  SST  ditandatangan  balas  oleh  syarikat.  Perolehan
                       bermasa adalah perolehan yang mana tempoh kontrak adalah melebihi empat (4)  bulan.

               1.6     PTJ juga hendaklah memastikan syarikat mengembalikan salinan asal dan salinan kedua
                       SST yang telah lengkap diisi dan ditandatangan di bahagian Pengakuan Penerimaan dan
                       Surat Akuan Pembida Berjaya dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari atau tujuh (7) hari
                       atau empat belas (14) hari. PTJ hendaklah membuat pilihan ke atas tempoh syarikat perlu
                       mengembalikan  SST  kepada  PTJ  seperti  yang  dinyatakan  dalam  Pekeliling
                       Perbendaharaan PK 4.2, Perenggan  10.21.2

               1.7     Bagi  perolehan  bekalan/  perkhidmatan  yang  melebihi  RM200,000,  PTJ  dikehendaki
                       mendapatkan Bon Pelaksanaan dan maklumat atau dokumen lain seperti insuran, nombor
                       kod majikan di bawah skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan/ atau polisi
                       pampasan pekerja (sekiranya berkaitan) dalam tempoh empat belas (14) hari atau tiga
                       puluh (30) hari daripada tarikh pengakuan penerimaan SST oleh syarikat. PTJ hendaklah
                       membuat pilihan ke atas tempoh syarikat perlu mengemukakan Bon Pelaksanaan kepada
                       PTJ selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK4.2, Perenggan 10.9.1.

               1.8     Dokumen kontrak hendaklah disediakan dan lengkap dalam tempoh empat (4) bulan
                       selepas SST ditandatangan balas oleh syarikat. PTJ hendaklah memastikan bahawa
                       hanya pegawai awam yang telah diturunkan kuasa secara bertulis di bawah Seksyen
                       2,  Akta  Kontrak  Kerajaan  1949  menandatangani  kontrak  bagi  pihak  kerajaan.
                       Selepas dokumen kontrak tersebut ditandatangani, penerima perkhidmatan dan Pentadbir
                       Kontrak  di  Bahagian/  Jabatan  hendaklah  memastikan  syarikat  mematuhi  perjanjian
                       tersebut.

               1.9     Bagi  kontrak  bermasa  dengan  tempoh  kontrak  melebihi  empat  (4)  bulan  dan  ke  atas,
                       bayaran kepada syarikat yang telah melaksanakan perkhidmatan boleh dibayar hingga
                       tiga  (3)  kali  bayaran  dalam  tempoh  empat  (4)  bulan  pertama  selepas  keluarnya  SST
                       dengan syarat bon pelaksanaan telah dikemukakan. Bayaran berkala yang seterusnya
                       hanya boleh dibuat selepas kontrak formal ditandatangani.

               1.10  Dalam  melaksanakan  perolehan  Kerajaan,  pelaksanaan  Integrity  Pact  hendaklah
                       dilaksanakan  berdasarkan  Pekeliling  Perbendaharaan  PK  1.6, Perenggan  3  mengenai
                       Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan.

               1.11  Pegawai  Pengawal/  Ketua  Jabatan  Dalam  Menguruskan  Perolehan  Kerajaan
                       Bertanggungjawab sendiri atas perolehan termasuk membayar balik jika berlaku kerugian
                       berhubung  dengan  penyeliaan,  penyenggaraan  dan    pengawalan  am  bekalan,
                       perkhidmatan dan kerja yang diterima atau dipegang oleh agensi yang perbelanjaannya
                       dikawal olehnya selaras Pekeliling Perbendaharaan  PK1.2 Perenggan 3


                                                                                                          108
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114