Page 110 - APP KKR 2023
P. 110

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

              1.12    Memastikan  sama  ada  sesuatu  perolehan  itu  tertakluk  kepada  apa-apa  Perjanjian
                      Perdagangan  Bebas  (Free  Trade  Agreement  –  FTA)  dan  dilaksanakan  mengikut
                      peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.

              1.13    Memastikan setiap pegawai di bawah seliaannya mempunyai kompetensi dan terlatih bagi
                      melaksanakan  perolehan  Kerajaan  mengikut  peraturan/tatacara  yang  berkuat  kuasa
                      dengan memantau setiap pelaksanaan adalah berintegriti dan tiada berlaku pembaziran
                      Kerajaan.


        2       TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN

                Pengurusan perolehan yang baik bertujuan memastikan perolehan dilaksanakan dengan cekap,
                mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta mengikut amalan tadbir urus
                yang baik dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan iaitu akauntabiliti awam; diuruskan secara
                telus; memberi nilai faedah yang terbaik serta dibuat dengan saingan terbuka, adil dan saksama.
                Kriteria Pengurusan Perolehan yang perlu di patuhi adalah seperti berikut:

               2.1     Kawalan Perolehan - Perancangan Perolehan

                       2.1.1  Bahagian Jabatan/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) wajib menyediakan Perancangan
                              Perolehan     Tahunan      (PPT)     mengikut     format    yang     ditetapkan    dan
                              mengemukakannya  kepada  Bahagian  Kewangan,  Kementerian  mengikut  tarikh
                              yang  ditetapkan.  PPT  yang  disediakan  membantu  organisasi  melaksanakan
                              perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja di
                              penghujung tahun atau pada saat akhir.

                       2.1.2  Memastikan terlebih dahulu bahawa peruntukan bagi perolehan yang dirancang
                              berkenaan telah diluluskan dan disediakan serta mencukupi.

                       2.1.3  Memastikan  PPT  telah  mendapat  kelulusan  Pegawai  Pengawal  sebelum
                              dilaksanakan.

               2.2     Peruntukan/ Pembiayaan

                       2.2.1  Kementerian/ Jabatan/ PTJ hendaklah memastikan Anggaran Peruntukan Belanja
                              Mengurus atau Pembangunan bagi perolehan telah diluluskan.

                       2.2.2  Kementerian/  Jabatan/  PTJ  yang  menerima  geran  peruntukan  atau  pinjaman
                              sebahagian  daripada  kos  projek/  perbelanjaan  dikehendaki  mematuhi  semua
                              peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

               2.3     Larangan Pecah Kecil

                       2.3.1  Kementerian/  Jabatan/  PTJ  dilarang  memecah  kecilkan  perolehan  tahunan
                              (bekalan/ perkhidmatan/ kerja) untuk mengelak pelawaan sebut harga dan tender.


                                                                                                          109
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115