Page 111 - APP KKR 2023
P. 111

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       2.3.2  Projek-projek kerja yang telah ditenderkan boleh dipecah kecil kepada beberapa
                              pakej dan dipelawa secara tender sekiranya memenuhi kriteria berikut:
                              a)  Projek terdiri daripada pakej kerja yang memerlukan kepakaran khusus selaras
                                 dengan  bidang-bidang  pengkhususan  Lembaga  Pembangunan  Industri
                                 Pembinaan Malaysia (CIDB);

                              b)  Kerja-kerja khusus yang perlu mematuhi standard atau keperluan kejuruteraan
                                 yang ditetapkan;

                              c)  Keperluan untuk menyiapkan projek dengan segera melibatkan penyampaian
                                 perkhidmatan yang kritikal kepada orang awam;

                              d)  Tidak  menyebabkan  pertambahan  siling  peruntukan  yang  disediakan  bagi
                                 projek berkenaan;

                              e)  PTJ berkeupayaan untuk menyelaras dan menyelia projek dengan cekap dan
                                 berkesan;

                              f)  Perancangan  pakej  secara  berasingan  hendaklah  mendapat  kelulusan
                                 Lembaga Perolehan bagi setiap pindaan perancangan pakej tender asal. Setiap
                                 perakuan tender hendaklah diputuskan oleh Lembaga Perolehan Kementerian
                                 mengikut had nilai tender; dan

                              g)  Kementerian/  Jabatan/  PTJ  hendaklah  memastikan  setiap  pakej  projek
                                 terhadap kesempurnaan projek dijelaskan sepenuhnya dalam kontrak.

               2.4     Penyediaan Spesifikasi

                       2.4.1  Ahli Jawatankuasa Spesifikasi dilantik oleh Ketua  Jabatan yang terdiri daripada
                              sekurang-kurangnya  tiga  (3)  pegawai  yang  mahir  dan  berkelayakan  bagi
                              menyediakan spesifikasi umum/ khusus/ teknikal bagi setiap perolehan.

                       2.4.2  Jawatankuasa  Spesifikasi  diberi  tempoh  masa  secukupnya  dan  bersesuaian
                              dengan  perolehan  yang  dilakukan  bagi  mewujudkan  spesifikasi  yang  sempurna
                              dan jelas.

                       2.4.3  Butiran spesifikasi hendaklah mematuhi perkara berikut:
                              a)  Spesifikasi  seperti  warna,  saiz,  bentuk,  kualiti,  pembungkusan,  nisbah
                                 kandungan  dan  butir-butir  lain  hendaklah  jelas  supaya  tidak  menimbulkan
                                 keraguan kepada pembekal;

                              b)  Skop dan spesifikasi bagi perolehan perkhidmatan dinyatakan dengan jelas dan
                                 terperinci;






                                                                                                          110
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116