Page 101 - APP KKR 2023
P. 101

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       Sewa Kenderaan             Sewa Kenderaan Konsesi Spanco           B0224305
                       (Akaun     pukal    bagi  Cukai  Perkhidmatan  Atas  Kos  B0224306
                       setiap kenderaan)          Sewa Kenderaan Konsesi Spanco

                       Penyelenggaraan            Kenderaan Konsesi Spanco                B0228307
                       Kenderaan                  Cukai       Perkhidmatan         Kos  B0228308
                       (Akaun  pukal  hanya  Pembaikan              &       Sengaraan
                       sekali              bagi  Konsesi Spanco
                       keseluruhan     pajakan
                       sewaan)

               18.17  Bagi mengakaun dan melaporkan transaksi kewangan dan perakaunan asas akruan PTJ
                       boleh merujuk Penyelarasan Kod Carta Akaun Akruan (CAA) kemaskini September 2022
                       melalui Rujukan emel:   KKR.400-3/1/10 Jilid 2 (30) bertarikh 6 September 2022 dan
                       jika terdapat sebarang pengemaskinian kod, pihak BA akan membuat pemakluman
                       secara emel kepada PTJ.


        19     PENGURUSAN ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT)

               19.1  Pembayaran yang dilakukan menerusi sistem kewangan Kerajaan Persekutuan adalah
                       menggunakan kaedah EFT (electronic fund transfer - iaitu secara pindahan terus ke akaun
                       bank penerima) dan cek.

               19.2  Pembayaran melalui EFT hendaklah diberi keutamaan kerana ia akan mempercepatkan
                       pembayaran dikredit ke akaun pembekal/ penuntut bayaran.

               19.3  Bayaran  yang  tidak  berjaya  dikreditkan  ke  akaun  penerima  akan  mengakibatkan  ia
                       dikembalikan  semula  ke  KKR  dan  diakaunkan  ke  Akaun  Deposit  EFT  Terbatal
                       (L1121102).  PTJ  perlu  segera  menghubungi  pembekal  dan  mengambil  tindakan
                       penggantian bayaran tersebut dengan kadar segera dalam tempoh tujuh (7) hari selaras
                       dengan  Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan  7 Tahun 2018 (Tatacara
                       Pengurusan Bayaran).

               19.4  PTJ  perlu  menyemak  Laporan  EFT  Batal  Belum  Diganti  secara  harian  dan  segera
                       membuat penggantian tanpa perlu menunggu surat pemakluman dari Bahagian Akaun
                       KKR.



         20    PENGURUSAN GAJI

               20.1  Semua pembayaran gaji diakaunkan oleh PTJ melalui Pusat Gaji masing-masing. Semua
                       PTJ  bertanggungjawab  memastikan  pembayaran  gaji  penjawat  awam  dibuat  melalui
                       Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui Arahan
                       Pembayaran bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan hendaklah
                       diperolehi terlebih dahulu.


                                                                                                          100
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106