Page 121 - APP KKR 2023
P. 121

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              c)  Proses penilaian tender hendaklah disiapkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari
                                 dari tarikh tawaran tender dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian.

                       2.9.4  Jawatankuasa Penilaian Teknikal
                              a)  Keahlian  Jawatankuasa  Penilaian  Teknikal  terdiri  daripada  sekurang-
                                 kurangnya tiga (3) ahli yang mahir, berpengalaman dan berkelayakan tentang
                                 barangan/  perkhidmatan  tersebut  iaitu  pengerusi  dan  dua  (2)  ahli  (seorang
                                 daripadanya adalah pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional).

                              b)  Penilaian  oleh  Jawatankuasa  Penilaian  Teknikal  dilaksanakan  secara
                                 mesyuarat. Penilaian secara edaran tidak dibenarkan.

                              c)  Laporan  Jawatankuasa  Penilaian  Teknikal  ditandatangan  oleh  semua  ahli
                                 Jawatankuasa.

                       2.9.5  Jawatankuasa Penilaian Harga
                              a)  Keahlian Jawatankuasa Penilaian Harga dianggotai tidak kurang daripada dua
                                 (2)  ahli  iaitu  pengerusi  dan  ahli  (seorang  daripadanya  adalah  pegawai
                                 Kumpulan Pengurusan dan Profesional).

                              b)  Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Harga dilaksanakan secara mesyuarat.
                                 Penilaian secara edaran tidak dibenarkan.

                              c)  Laporan  Jawatankuasa  Penilaian  Harga  ditandatangan  oleh  semua  ahli
                                 Jawatankuasa.

                       2.9.6  Jawatankuasa Penilaian Kerja
                              a)  Jawatankuasa Penilaian Tender Kerja bagi tender kerja kecuali Turnkey atau
                                 Design  and  Build  dianggotai  tidak  kurang  daripada  tiga  (3)  ahli  (seorang
                                 daripadanya Juruukur Bahan atau pegawai teknikal).

                              b)  Ketua Jabatan membuat perakuan kepada Lembaga Perolehan berdasarkan
                                 kepada  Laporan  Penilaian  Tender.  Perakuan  tersebut  berdasarkan  tawaran
                                 yang terbaik daripada segi harga dan kualiti mengikut keperluan dan hendaklah
                                 mengambil kira prinsip-prinsip  perolehan dan dasar-dasar semasa Kerajaan.
                                 Perakuan  hendaklah  menyatakan  dengan  khusus  tawaran  penender  yang
                                 dicadangkan untuk dipertimbangkan.

               2.10  Pelantikan Had Nilai, Kuasa dan Tanggungjawab Lembaga Perolehan
                       Ahli  Lembaga  Perolehan  Kementerian  hendaklah  dilantik  oleh  Menteri  Kewangan/
                       Perbendaharaan.

                       2.10.1 Lembaga Perolehan KKR
                              a)  Keahlian Lembaga Perolehan Kementerian:
                                 i.  Ketua Setiausaha/ Timbalan Ketua Setiausaha sebagai Pengerusi;



                                                                                                          120
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126