Page 126 - APP KKR 2023
P. 126

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              k)  Laporan Hasil Rundingan Harga disediakan dan ditandatangan oleh pengerusi
                                 dan  Ahli-ahli  Jawatankuasa  Rundingan  Harga  dalam  tempoh  tiga  (3)  hari
                                 selepas  tamat  rundingan  harga  dan  seterusnya  dikemukakan  kepada  pihak
                                 berkuasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi meluluskan harga
                                 tersebut.

                              l)  Pegawai Pengawal membuat pengesahan ke atas harga yang telah dirunding
                                 untuk  dimuktamadkan  dan  mengemukakannya  bersama  Laporan  Hasil
                                 Rundingan  Harga  serta  dokumen/  maklumat  lain  yang  berkaitan  untuk
                                 kelulusan Perbendaharaan.

                              m) Sekiranya harga rundingan tidak dapat dipersetujui, Pengerusi Jawatankuasa
                                 Rundingan  Harga  hendaklah memaklumkan  kepada  Pegawai  Pengawal  dan
                                 Laporan      Hasil   Rundingan       Harga    tersebut     dimaklumkan      kepada
                                 Perbendaharaan untuk keputusan sewajarnya.

                              n)  Surat  Setuju  Terima  dikeluarkan  kepada  pembekal/kontraktor  tidak  lewat
                                 daripada  tujuh  (7)  hari  selepas  kelulusan  Kementerian  Kewangan  atau
                                 Lembaga Perolehan (mengikut mana yang berkenaan).

                              o)  Kementerian  hendaklah  memastikan  keseluruhan  proses  rundingan  harga
                                 dapat  diselesaikan  dalam  tempoh  tidak  lebih  dua  (2)  minggu  dan
                                 pembekal/kontraktor tidak melengahkan persetujuan harga. Tempoh rundingan
                                 ditentukan dan dimaklumkan kepada pembekal/ kontraktor di awal rundingan.

               2.12  Kontrak Pusat

                       2.12.1 Kontrak Pusat (KP) bermaksud kontrak yang ditandatangani dan diuruskan oleh
                              Kementerian Kewangan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan guna sama di mana
                              harga dan spesifikasi ditetapkan mengikut kontrak tersebut bagi tempoh tertentu.

                       2.12.2 Barangan/ Pelaksanaan  KP  adalah  berasaskan  penjimatan  di  dalam  Perolehan
                              Kerajaan dengan berpandukan kepada lima (5) prinsip perolehan iaitu akauntabiliti
                              awam, ketelusan, persaingan terbuka, nilai faedah terbaik dan adil dan saksama
                              serta  mengambil  kira  program  bagi  Perusahaan  Kecil  dan  Sederhana  (PKS)
                              termasuk dasar-dasar semasa Kerajaan.

                       2.12.3 Di bawah Perjanjian FTA (Annex 15-A), KP bagi item seperti berikut adalah
                              dikecualikan:
                                     (a)    Perkhidmatan Pos Laju;
                                     (b)    Sampul Surat;
                                     (c)    Alat    Pemadam    Api    Mesra    Alam    Aerohub®
                                             Aerosol   Fire   Suppression System Dan 1MY227
                                             Clean Agent Fire     Suppression  System; dan
                                     (d)    Peluru Senjata Laras Kecil dan Alat Pyrotechnic.



                                                                                                          125
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131