Page 128 - APP KKR 2023
P. 128

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


                                  Agensi  hendaklah  mengemukakan  aduan  secara  rasmi  mengenai  prestasi
                                  syarikat KP yang kurang memuaskan seperti kelewatan penghantaran dan isu
                                  kualiti item KP ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dalam
                                  kadar segera atau selewat-lewatnya empat belas (14(hari dari tarikh berlakunya
                                  perkara yang diadukan.

                               (d) Penggunaan KP

                                  Semua Agensi hendaklah menggunakan KP sepenuhnya dan tidak dibenarkan
                                  mendapatkan bekalan/perkhidmatan item KP daripada punca lain. Mana-mana
                                  pengecualian  hendaklah  dipohon  melalui  Pegawai  Pengawal/Ketua  Jabatan
                                  dan  mendapat  kebenaran  terlebih  dahulu  daripada  Bahagian  Perolehan
                                  Kerajaan, Kementerian Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut
                                  yang mana berkenaan sebelum melaksanakan perolehan berkenaan.

               2.15  Pengurusan ePerolehan
                              a)  Sistem perolehan Kerajaan secara elektronik (eP) membolehkan Kementerian/
                                 Jabatan membuat perolehan bekalan/ perkhidmatan secara online sepenuhnya
                                 dengan pembekal.

                              b)  Kementerian/  Jabatan/  PTJ  hendaklah  memastikan  perolehan  bekalan
                                  danperkhidmatan bukan perunding dilaksanakan sepenuhnya (100%) melalui
                                  Sistem eP.

                              c)  Pasukan  Petugas  Kementerian  dan  Pasukan  Pelaksana  Jabatan  hendaklah
                                 ditubuhkan di peringkat Kementerian dan Ibu Pejabat Jabatan.

                              d)  Pasukan  Petugas  Kementerian  dipengerusikan  oleh  Pegawai  Pengawal/
                                 Pegawai yang dilantik.

                              e)  Mesyuarat Pasukan Petugas Kementerian dilaksanakan sekurang-kurangnya
                                 dua (2) kali setahun.

                              f)  Penggunaan dan pelaksanaan Sistem eP di peringkat Kementerian dilaporkan
                                 ke Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan.

                              g)  Pasukan  Pelaksana  Jabatan  dipengerusikan  oleh  Ketua  Jabatan/  Pegawai
                                 yang dilantik.

                              h)  Mesyuarat Pasukan Pelaksana Jabatan dilaksanakan dua (2) kali setahun dan
                                 melaporkan kepada Mesyuarat Pasukan Petugas Kementerian.

                              i)  Dokumen  elektronik  seperti  Pesanan  Kerajaan,  Nota  Penghantaran,  Invois,
                                 Nota Penerimaan Barangan dan Nota Pelarasan Kredit (jika perlu) disediakan
                                 dan  disokong  dengan  dokumen  sokongan  yang  tepat  dan  lengkap  apabila
                                 melaksanakan pembayaran.

                                                                                                          127
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133