Page 129 - APP KKR 2023
P. 129

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


                              j)  Kadar  fi  perkhidmatan  sebanyak  0.08%  dikenakan  bagi  setiap  transaksi
                                 tertakluk  kepada  had  maksimum  berjumlah  RM9,600  bagi  transaksi  yang
                                 bernilai  RM1.2  juta atau  lebih  bagi  pembelian  yang  melibatkan  hanya  sekali
                                 bayaran (one-time payment).

                              k)  Kadar  fi  perkhidmatan  dikenakan  sebanyak  0.04%  bagi  setiap  transaksi
                                 tertakluk  kepada  had  maksimum  berjumlah  RM4,800  bagi  setiap  bayaran
                                 bernilai  RM1.2  juta  atau  lebih  bagi  kontrak  yang  melibatkan  beberapa  kali
                                 pembayaran  (multiple  payment)  sama  ada  melalui  Jadual  Penghantaran,
                                 Pencapaian Perkhidmatan, Bayaran Kemajuan atau mengikut permintaan yang
                                 ditetapkan dalam tempoh kontrak.

                              l)  Semua  pengesahan  dokumen  berkaitan  dengan  perolehan  hendaklah
                                 ditandatangan  secara  digital selaras  dengan  Akta  Tandatangan  Digital  1997
                                 (Digital Signature Act 1997).

                              m) Kadar bon pelaksanaan dan tempoh sah laku dikenakan mengikut peraturan
                                 yang berkuat kuasa.

               2.16  Garis  panduan  ini  adalah  tertakluk  kepada  peraturan  kewangan  dan  pekeliling
                       kewangan  serta  arahan  daripada  Kementerian  Kewangan.  Sekiranya  terdapat
                       sebarang  percanggahan,  peraturan  kewangan  dan  arahan  terkini  daripada
                       Kementerian Kewangan adalah berkuatkuasa.


        3      PEROLEHAN  HARTA  MODAL  YANG  LAIN  (HMYL)  DI  BAWAH  OS35000  BELANJA
               MENGURUS

               3.1     Semua cadangan pembelian HMYL di bawah OS35000 yang menggunakan peruntukan
                       Belanja  Mengurus  perlu  melalui  Bahagian  Kewangan  bagi  mendapatkan  kelulusan
                       Pegawai  Pengawal  sebelum  proses  perolehan  dilaksanakan.  Sebarang  pindaan
                       cadangan pembelian yang diluluskan melibatkan jenis item dan pertambahan bilangan
                       item  perlu  dikemukakan  semula untuk pertimbangan kelulusan oleh Pegawai Pengawal
                       selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PB 2.2: Pembelian Harta Modal.

               3.2     Semua pembelian HMYL hendaklah diselesaikan  segera bagi memastikan peruntukan
                       yang  dipindahkan  ke  OS35000  dapat  dibelanjakan  sepenuhnya.  Ini  adalah  bagi
                       mengelakkan peruntukan yang dipindahkan tidak dibelanjakan sepenuhnya.

               3.3     Ketua  Jabatan  perlu  memastikan  setiap  item  yang  dibeli  selain  daripada  syarikat  di
                       bawah Kontrak Panel Berpusat adalah dalam lingkungan harga yang  munasabah dan
                       value for money.

               3.4     Pemasangan penghawa dingin yang dibeli menggunakan peruntukan Belanja Mengurus
                       perlu  diperaku  oleh  Jabatan  Kerja  Raya  (JKR)  Cawangan  Mekanikal  sebelum

                                                                                                          128
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134