Page 131 - APP KKR 2023
P. 131

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              (v) Pemindahan Teknologi (Transfer of Technology) - Pemindahan teknologi dan
                                  pengetahuan  hendaklah  dilaksanakan  dengan  sempurna  dalam  tempoh
                                  kontrak bagi memastikan Pegawai Teknikal Agensi berupaya menyelenggara
                                  perkakasan/perisian/rangkaian/sistem aplikasi selepas tamat tempoh jaminan.

                 4.2     Bagi  perolehan  yang  memerlukan  syarikat/perunding  mendapat  akses  kepada
                         data/maklumat/premis Kerajaan atau kawasan sensitif/terperingkat, Agensi hendaklah
                         melaksanakan tapisan keselamatan dan memastikan kakitangan syarikat yang terlibat
                         di  dalam  projek  Kerajaan  menandatangani  Borang  Perakuan  Untuk  Ditandatangani
                         Oleh Penjawat Awam/Syarikat Berkenaan Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].


        5       PEROLEHAN PERKHIDMATAN

               5.1     Perolehan perkhidmatan yang dibekalkan di Bahagian/ Jabatan di bawah KKR hendaklah
                       diuruskan dengan baik. Pemantauan secara berkala perlu dilakukan ke atas kontraktor
                       oleh Ketua Jabatan bagi memastikan kontraktor yang dilantik mematuhi terma-terma dan
                       syarat-syarat  yang  telah  ditetapkan  di  dalam  dokumen  kontrak  atau  lain-lain  arahan
                       Kementerian yang berkuatkuasa.

               5.2     Pengesahan penerimaan perkhidmatan hendaklah dilakukan melalui Borang Pengesahan
                       Pelaksanaan Perkhidmatan.

               5.3     Pengesahan  penerimaan  perkhidmatan  dilakukan  bagi  memastikan  sama  ada
                       pembayaran boleh dibuat secara penuh atau perlu dikenakan pemotongan, denda atau
                       tolakan berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat kontrak. Tindakan akan diambil ke
                       atas  pegawai  yang  membuat  pengesahan  bayaran  bagi  perkhidmatan  yang  tidak
                       dilaksanakan.

               5.4     Penilaian prestasi kontraktor bagi tender perkhidmatan hendaklah dilaksanakan secara
                       bulanan  dan  berkala  bagi  memastikan  Kerajaan  mendapat  nilai  faedah  terbaik  untuk
                       setiap  perolehan  yang  dilaksanakan.  Laporan  Prestasi  Kontraktor  hendaklah
                       dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dan Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor
                       Perkhidmatan KKR hendaklah diadakan secara berkala di semua peringkat.


        6      TATACARA  PENGURUSAN  PEROLEHAN  PERBELANJAAN  DARURAT  (AP55)  DAN
               PEROLEHAN DARURAT (AP173.2)

               6.1     Perolehan  darurat  hendaklah  diuruskan  dengan  cekap,  teratur  dan  sempurna  selaras
                       dengan Pekeliling Perbendaharaan PB 3.3: Garis Panduan Perbelanjaan Darurat (AP55)
                       dan Perolehan Darurat (1AP73.2). Proses kerja bagi perolehan darurat ini adalah seperti
                       di Lampiran XV.

               6.2     Darurat  ditakrifkan  sebagai  kejadian  yang  bersifat  kecemasan  dan/ atau  luar biasa yang
                       memerlukan  tindakan  serta  merta  supaya  tidak  menjejaskan  kepentingan  awam,
                       penyampaian perkhidmatan Kerajaan, mengekang berlakunya kerosakan berterusan dan

                                                                                                          130
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136