Page 134 - APP KKR 2023
P. 134

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023



        1      PELUPUSAN ASET ALIH

               1.1     Permohonan  pelupusan  aset alih oleh agensi hendaklah  dikemukakan  kepada  Kuasa
                       Melulus seperti yang telah ditetapkan di dalam Akta Perwakilan Kuasa 1956 P.U.(B) 485
                       bertarikh 27 Oktober 2014. Melalui akta ini, pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan
                       pelupusan aset alih adalah seperti berikut:

                        BIL.               PELULUS                           NILAI PEROLEHAN ASAL

                         1.    Pengarah Negeri/ Timbalan           Kurang RM50,000 per item atau tidak melebihi
                               Pengarah Negeri                     RM500,000 secara agregat
                               Setiausaha Bahagian                 Tidak melebihi RM200,000 per item  atau tidak
                         2.
                               (Pengurusan Aset)                   melebihi RM2,000,000 secara agregat
                                                                   Tidak melebihi RM300,000 per item atau tidak
                         3.    Ketua Pengarah
                                                                   melebihi RM3,000,000 secara agregat
                                                                   Tidak melebihi RM300,000 per item atau tidak
                         4.    Timbalan Ketua Setiausaha
                                                                   melebihi RM3,000,000 secara agregat
                                                                   Tidak melebihi RM400,000 per item atau tidak
                         5.    Ketua Setiausaha
                                                                   melebihi RM4,000,000 secara agregat

               1.2     Bagi Aset yang nilai perolehan asal melebihi RM400,000 per item atau RM4,000,000
                       secara  agregat,  kelulusan  permohonan  pelupusan  perlu  dikemukakan  kepada
                       Perbendaharaan melalui Bahagian Kewangan.

               1.3     Prosedur  dan  pelaksanaan  pelupusan  aset  alih  Kerajaan  adalah  tertakluk  di  bawah
                       Pekeliling  Perbendaharaan  AM2.7:  Tatacara  Pengurusan  Aset  Alih  Kerajaan,
                       Pelupusan.


        2      PELUPUSAN ASET TAK ALIH

               2.1     Pelaksanaan dan Pelaporan Pelupusan Aset

                       2.1.1  Pelaksanaan pelupusan aset adalah hasil keputusan penilaian keadaan/ prestasi
                              aset berdasarkan ciri-ciri berikut:
                              i.  Tidak selamat untuk digunakan, atau
                              ii.  Gagal mencapai tahap perkhidmatan dan fungsi yang ditetapkan, atau
                              iii.  Sangat usang dan tidak boleh digunakan lagi, atau
                              iv.  Kos penyenggaraan yang tidak ekonomik, atau
                              v.  Masih sempurna tetapi tidak digunakan kerana tiada keperluan atau
                              vi.  Keperluan tapak bagi pembangunan baru, atau
                              vii. Tidak berfungsi memenuhi tujuan reka bentuk dan perundangan.


                                                                                                          133
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139