Page 139 - APP KKR 2023
P. 139

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

         1     PERJAWATAN DAN NAZIRAN

               1.1       Arahan penempatan pegawai di sesebuah organisasi hendaklah berdasarkan Waran
                         Perjawatan yang telah diluluskan oleh Kerajaan sama ada dari segi jumlah perjawatan,
                         gred dan jawatannya. Penempatan secara pentadbiran adalah tidak dibenarkan kerana
                         ianya tidak berdasarkan prinsip rate for the job, menjejaskan struktur organisasi sedia
                         ada  serta  turut  memberi  implikasi  dari  aspek  perkhidmatan  dan  kewangan.
                         Ketidakpatuhan pengisian penyandang tanpa berdasarkan kepada waran perjawatan
                         boleh menyebabkan pegawai yang berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.

               1.2       Program  naziran  hendaklah  dilaksanakan  secara  berkala  untuk  mengenalpasti
                         keperluan sebenar sumber manusia di sesuatu organisasi. Di samping itu, program
                         naziran  yang  dilaksanakan  hendaklah  meliputi  aspek  pematuhan  kepada  peraturan
                         yang ditetapkan dari semasa ke semasa khususnya dalam bidang pengurusan sumber
                         manusia  seperti  perjawatan,  penempatan,  latihan,  kemajuan  kerjaya  dan  lain-lain
                         urusan perkhidmatan yang berkaitan.


        2      PEMBEKUAN PEWUJUDAN JAWATAN BAHARU

                2.1      Sebarang cadangan pewujudan dan pertambahan jawatan di bawah Program Baharu
                         dan  Peluasan  Program  Sedia  Ada  hendaklah  dilaksanakan  secara  kaedah  pindah
                         butiran  atau  tukar  ganti  perjawatan  sedia  ada.  Kaedah  pelaksanaan  ini  adalah
                         berdasarkan kepada Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan
                         Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan PB3.1).


        3      LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN

               3.1       Ketua Jabatan bertanggungjawab mengawal perbelanjaan di jabatan masing-masing.
                         Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti yang berikut:
                         3.1.1  Perjawatan
                                 a) Pengurusan  perjawatan  perlu  dilaksanakan  dengan  mengambil  kira
                                    keutamaan       untuk     mengoptimumkan         perbelanjaan      Kementerian.
                                    Pelaksanaan satu-satu fungsi di Kementerian/ Jabatan juga perlu dilakukan
                                    secara kreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi
                                    berdasarkan sumber manusia sedia ada;

                                 b) Pewujudan  jawatan  baharu  tidak  dibenarkan  kecuali melalui kaedah  tukar
                                    ganti  (trade-off)  dan  pindah  butiran  (redeployment)  serta  tiada  implikasi
                                    kewangan tambahan;

                                 c) Pewujudan jawatan baharu bagi jawatan kritikal perlu dilaksanakan dengan
                                    kawalan ketat;





                                                                                                          138
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144