Page 144 - APP KKR 2023
P. 144

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                         masing mencapai tahap optimum. Pelaksanaan HRMIS bagi tahun 2023 yang perlu
                         diambil perhatian adalah melibatkan 17 kriteria seperti berikut:

                                      KRITERIA PENILAIAN                      TARIKH AKHIR
                                                                                 PENILAIAN
                           Data Perjawatan                                   31 Januari     2023
                           myPortfolio                                       28 Februari   2023

                           Pengurusan Perhubungan Majikan-Pekerja            31 Disember 2023
                           Penamatan Perkhidmatan                            31 Disember 2022
                           Pemurnian Data                                    31 Disember 2022
                           Perisytiharan Harta                               31 Disember 2022
                           Sasaran Kerja Utama                               31 Januari     2024
                           Penglibatan & Sumbangan                           31 Januari     2024
                           Permohonan Pertukaran                             28 Februari   2023
                           Penanggungan Kerja                                28 Februari   2023
                           Program Pembangunan Kompetensi                    31 Disember 2022
                           Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri                  31 Disember 2022
                           Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa                   31 Disember 2022
                           Tuntutan Pelbagai (5 jenis)                       31 Disember 2022
                           Pengurusan Cuti                                   31 Disember 2022
                           Pengurusan Gaji                                   31 Disember 2022
                           Pelaksanaan Penyata Kew. 8                        31 Disember 2022

               7.4       Walau  bagaimanapun,  tarikh  akhir  pelaksanaan  HRMIS  ini  adalah  tertakluk  kepada
                         sebarang  perubahan  yang  dimaklumkan  oleh  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  dari
                         semasa ke semasa.

               7.5       Bagi  memastikan  maklumat  perjawatan  selari  dengan  waran  perjawatan  yang
                         diperuntukkan  oleh agensi pusat, sebarang pewujudan  jawatan tambahan  di  dalam
                         HRMIS  yang  di  luar  waran  atau  di  luar  penyata  perjawatan  yang  dikeluarkan  oleh
                         BPSM adalah tidak dibenarkan. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan bagi
                         memastikan  penempatan  penyandang  di  agensi  masing-masing  adalah  mengikut
                         perjawatan yang betul seperti mana yang telah diluluskan melalui waran perjawatan.


        8      BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK)

               8.1       Ketua Jabatan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara BPK dengan teratur,
                         lengkap dan terkini berdasarkan garis panduan di dalam MyPPSM Ceraian PO.1.1.3
                         mengenai Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK).

               8.2       Bagi  memastikan  BPK  diuruskan  dengan  teratur,  Ketua  Jabatan  hendaklah
                         melaksanakan tindakan seperti berikut:
                         8.2.1  BPK  hanya  boleh  diselenggarakan  oleh  pegawai  penyelia  rekod  atau  mana-
                                 mana pegawai yang diberi kuasa untuk merekod;


                                                                                                          143
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149