Page 140 - APP KKR 2023
P. 140

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                  d) Pelantikan  pegawai  kontrak  di  bawah  peruntukan  Objek  Sebagai  29000
                                     (OS29000)  sama  ada  pelantikan  baharu,  pelantikan  semula  atau
                                     penggantian adalah dibenarkan tertakluk kepada keperluan dan peruntukan
                                     sedia ada); dan

                                  e) Pengisian  di  luar  perjawatan  termasuk  penempatan  secara  pentadbiran
                                     adalah tidak  dibenarkan.

                         3.1.2    Penyusunan Semula Organisasi / Penubuhan Badan Berkanun (jika berkaitan)
                                  a) Penyusunan  semula  organisasi  hanya  dibenarkan  bagi  meningkatkan
                                     kecekapan  penyampaian  perkhidmatan  dengan  syarat  tidak  melibatkan
                                     tambahan bilangan jawatan dan implikasi kewangan; dan

                                  b) Keutamaan penyusunan  semula organisasi hendaklah difokuskan kepada
                                     mengurangkan pertindihan fungsi sama ada di dalam atau di luar organisasi.


        4      ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

               4.1       Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada
                         pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang. Ia juga
                         merupakan  pengiktirafan  terhadap  perkhidmatan  yang  bermutu  tinggi  berdasarkan
                         prestasi  tahunan  pegawai.  Penghargaan  ini  diberikan  selaras  dengan  Pekeliling
                         Perkhidmatan  Bilangan  13  Tahun  2012  berkenaan  Penganugerahan  Pingat
                         Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

               4.2       Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hendaklah diadakan sekali dalam satu tahun
                         dan selewat-lewatnya sebelum 30 Jun pada tahun tersebut.

               4.3       Perbelanjaan  maksimum bagi  Majlis  adalah  ditetapkan  pada  kadar  RM123  seorang
                         sehari  seperti  yang  digariskan  dalam  WP  5.1  Peraturan  Mengenai  Keraian  Rasmi.
                         Amalan prinsip perbelanjaan berhemat hendaklah dipatuhi.

               4.4       Perolehan  berkaitan  majlis  seperti  perkhidmatan  katering,  pencetakan  dan
                         penggunaan ruang dewan hendaklah mengikut PK 2 Kaedah Perolehan Kerajaan yang
                         bersesuaian  dan  mengambil  kira  perolehan  tersebut  memberikan  manfaat  yang
                         maksimum kepada Kementerian.


        5      PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT

               5.1       Perakuan  pemangkuan  atau  kenaikan  pangkat  pegawai  hendaklah  dilaksanakan  di
                         bawah penyeliaan Ketua Jabatan masing-masing. Ketua Jabatan bertanggungjawab
                         dalam memastikan:
                         5.1.1  Pegawai yang diperakukan telah memenuhi syarat;
                         5.1.2  Kesahihan maklumat perkhidmatan pegawai yang diperakukan; dan


                                                                                                          139
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145