Page 143 - APP KKR 2023
P. 143
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
LAMPIRAN B
A. ANGGARAN PECAHAN KOS
i. Makan
BIL GRED KADAR BIL. KIRAAN
(MAKAN) PEGAWAI
(a) (b) (a x b)
PESERTA
1. Gred 19 - 48 RM7 x 1 hari 20 RM140
2. Penceramah & Urusetia RM7 x 1 hari 5 RM35
JUMLAH RM175
ii. Bayaran Penceramah – TIADA
ANGGARAN KOS KESELURUHAN PROGRAM = RM175
6.4 Jawatankuasa Latihan hendaklah diwujudkan di semua peringkat organisasi bagi
memantau pengurusan latihan di peringkat Bahagian/ Jabatan masing-masing. Ketua
Jabatan hendaklah peka dengan dasar, peraturan serta arahan terkini yang dikeluarkan
oleh KKR. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk membuat penyesuaian
terhadap perancangan yang dibuat bagi mematuhi peraturan kewangan semasa.
6.5 Semua Ketua Jabatan perlu menggunakan peruntukan latihan yang sedia ada dengan
cekap dan berhemat dengan mengurangkan penggunaan premis swasta dan
memaksimumkan penggunaan premis dalaman KKR atau Institut Latihan Awam yang
lain.
7 PENGURUSAN MAKLUMAT
7.1 Maklumat perkhidmatan seseorang pegawai adalah amat penting dalam urusan sumber
manusia. Data perkhidmatan pegawai yang disimpan di dalam HRMIS mempengaruhi
pelaksanaan atau polisi sumber manusia yang dihasilkan oleh Agensi Pusat, mahupun
Kementerian. Kesan secara langsung kepada perkhidmatan pegawai secara
perseorangan atau berkelompok adalah bergantung kepada integriti data yang dikemas
kini di dalam sistem sumber manusia.
7.2 Pelaksanaan modul-modul dan proses HRMIS adalah amat penting di dalam
memberikan jaminan tersebut. Penggunaan modul-modul dalam HRMIS akan
memastikan data yang dikemaskini, diteliti bukan sahaja di peringkat Kementerian,
tetapi oleh Ketua Jabatan, pentadbir sumber manusia dan pegawai pemilik data
tersebut.
7.3 Selaras dengan hasrat agensi pusat supaya pelaksanaan modul-modul HRMIS
dilaksanakan sehingga ke seluruh peringkat Kementerian, Ketua Jabatan hendaklah
memastikan pencapaian pelaksanaan HRMIS di Bahagian/ Jabatan/ Agensi masing-
142