Page 146 - APP KKR 2023
P. 146

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                                            PEJABAT PERAKAUNAN
                               PEJABAT PERAKAUNAN
                  AKTIVITI                                           SAMA                      PTJ SAMA
                                         LAIN
                                                                 PTJ BERBEZA
                             • dan   Penyata    Mengenai  • dan   Penyata    Mengenai  • hari  bekerja  dari  tarikh
                              Peribadi,  Perkhidmatan  dan   Peribadi,  Perkhidmatan  dan   terima   surat   arahan
                              Gaji  (PR.  JPA  2-Pin.1/96)   Gaji  (PR.  JPA  2-Pin.1/96)   pertukaran
                              dalam  tempoh  lima  (5)  hari   dalam  tempoh  lima  (5)  hari
                              bekerja  dari  tarikh  lengkap   bekerja  dari  tarikh  lengkap
                              terima dokumen (BPK, LPC     terima dokumen (BPK, LPC
                              dan surat penempatan)        dan surat penempatan)

               8.4       Bahagian/  Unit  Sumber  Manusia  di  PTJ/  PC  baharu  hendaklah  memastikan  Buku
                         Perkhidmatan yang telah dikemaskini diterima dalam tempoh selewat-lewatnya empat
                         belas  (14)  hari  dari  tarikh  pegawai  dikehendaki  melapor  diri.  PTJ/  PC  baharu
                         hendaklah menghubungi PTJ/ PC lama sekiranya tidak menerima dokumen berkenaan
                         dalam tempoh tersebut.

        9      PENYATA PERUBAHAN PENDAPATAN (KEW.8)

                9.1      Ketua  Jabatan  hendaklah  menyediakan  Penyata  Perubahan  Pendapatan  (Kew.8)
                         apabila berlaku perubahan terhadap pendapatan seseorang pegawai. Di samping itu,
                         penyediaan Kew.8 juga perlu bagi urusan perkhidmatan pegawai seperti pelantikan,
                         pengesahan, cuti dalam perkhidmatan  (yang memberi kesan kepada emolumen),
                         pertukaran, tindakan tatatertib dan penamatan perkhidmatan.

                         9.1.1  Pegawai  Penyedia,  Penyemak  dan  Pelulus  Kew.8  hendaklah  pegawai  yang
                                 diwakilkan kuasa oleh Pegawai Pengawal.

                         9.1.2  Setiap Kew.8 hendaklah disediakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah
                                 dokumen  perubahan  lengkap  diterima  bagi  kes  kemasukan  baharu  dan
                                 kemasukan  semula  yang  melibatkan  pertukaran  pegawai  di  bawah  pejabat
                                 perakaunan yang sama, berlainan serta pegawai berkhidmat di luar negeri.


        10     PELANTIKAN PEGAWAI BAHARU

               10.1      Pelantikan  pegawai  baharu  hendaklah  dilaksanakan  apabila  Ketua  Jabatan  telah
                         mengenalpasti  kekosongan  jawatan  yang  memerlukan  pengisian.  Maklumat
                         kekosongan  jawatan  bersama  justifikasi  pengisian  hendaklah  dikemukakan  kepada
                         Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia,  Kementerian  Kerja  Raya  untuk  tujuan
                         penyelarasan.

                10.2     Maklumat  kekosongan  jawatan  yang  telah  diselaras  hendaklah  dikemukakan  ke
                         Bahagian  Pembangunan  Organisasi,  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  untuk
                         pertimbangan pengisian selanjutnya. Setelah permohonan diluluskan, pengisian perlu
                         dilaksanakan  pada  tahun  semasa  tertakluk  kepada  bekalan  pegawai  dari  Pihak
                         Berkuasa Melantik atau Ketua Perkhidmatan yang berkaitan.

                                                                                                          145
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151