Page 150 - APP KKR 2023
P. 150

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        1.     PENGURUSAN AUDIT DALAM

               1.1.   Pelaksanaan  fungsi  Unit  Audit  Dalam  dijalankan  selaras  dengan  Pekeliling

                      Perbendaharaan PS 3.1 – Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian atau Jabatan
                      Persekutuan  dan  Kerajaan  Negeri.  Objektif  Unit  Audit  Dalam  adalah  untuk
                      membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang

                      sistematik  dan berdisiplin  untuk menilai  dan  menentukan  keberkesanan  semua
                      proses kawalan dan tadbir urus.

               1.2.   Unit Audit Dalam melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan melibatkan
                      lapan  (8)  elemen  kawalan  berpandukan  senarai  semak  Indeks  Akauntabiliti

                      Jabatan Audit Negara bagi memastikan undang-undang, peraturan dan prosedur
                      kewangan  dipatuhi.  Selain  itu,  Unit  Audit  Dalam  juga  akan  melaksanakan
                      pengauditan prestasi yang melibatkan pengurusan perolehan, pengurusan  ICT,
                      projek-projek pembangunan, penilaian program dan aktiviti KKR bagi memastikan

                      kecekapan  dan  keberkesanan  pengurusan  Kementerian  dan  Agensi/Jabatan  di
                      bawahnya.

               1.3.   Rancangan Audit Tahunan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa

                      Audit pada tahun sebelumnya untuk mendapatkan cadangan skop pengauditan
                      atau tumpuan audit (sekiranya ada) sebelum diluluskan oleh Pengawal Pengawal.


        2.     PENGURUSAN TEGURAN AUDIT

               2.1.    Ketua Jabatan yang diaudit bertanggungjawab memberi maklum balas terhadap
                       pemerhatian Audit dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh laporan diterima.

                       Setiap  maklum  balas  perlu  disertakan  bersama  dokumen  sokongan  bagi
                       membuktikan  tindakan  pembetulan  dan  penambahbaikan  telah  dilaksanakan
                       secara menyeluruh serta disusul sehingga selesai.


        3.     JAWATANKUASA AUDIT

               3.1    Pekeliling Perbendaharaan PS 3.2 – Penubuhan Jawatankuasa Audit di Peringkat
                      Kementerian  Persekutuan  dan  Kerajaan  Negeri  menetapkan  Mesyuarat

                      Jawatankuasa  Audit  (JKA)  dilaksanakan  sekurang-kurangnya  empat  (4)  kali
                      setahun  dan  dipengerusikan  oleh  Pegawai  Pengawal  serta  melibatkan


                                                                                                          149
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155