Page 147 - APP KKR 2023
P. 147

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               10.3      Permohonan pengisian bagi jawatan kosong di bawah Kementerian Kerja Raya (Ketua
                         Perkhidmatan iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan Ketua Pengarah
                         Kerja Raya) hendaklah dikemukakan ke Pihak Berkuasa Melantik iaitu Suruhanjaya
                         Perkhidmatan  Awam  Malaysia  untuk  urusan  pengambilan  selanjutnya.  Maklumat
                         kekosongan  bagi  jawatan-jawatan  lain  hendaklah  dikemukakan  kepada  Ketua
                         Perkhidmatan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.

               10.4      Tarikh lapor diri pegawai lantikan baharu hendaklah ditetapkan dalam tempoh satu (1)
                         hingga dua (2) bulan dari tarikh surat tawaran pelantikan yang diedarkan oleh Pihak
                         Berkuasa Melantik. Ketua Jabatan perlu merancang penempatan pegawai berdasarkan
                         keperluan pengisian yang telah dikenalpasti.

               10.5      Semasa  tarikh  lapor  diri,  pegawai  hendaklah  mengemukakan  dokumen  sokongan
                         seperti berikut:
                         i.  Surat Tawaran Pelantikan;
                         ii.  Surat Setuju Terima;
                         iii.  Surat Akuan Sumpah;
                         iv.  Laporan Pemeriksaan Kesihatan;
                         v.  Salinan Kad Pengenalan;
                         vi.  Salinan Penyata Akaun Bank;
                         vii. Salinan Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
                         viii.  Salinan Sijil Nikah (sekiranya berkaitan); dan
                         ix.  Gambar Berukuran Passport.

               10.6      Surat penempatan dalaman hendaklah diedarkan kepada pegawai dalam tempoh satu
                         (1) hingga tiga (3) hari dari tarikh lapor diri.

               10.7      Bagi Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang tidak dapat diproses dalam
                         Regular Cycle, perubahan gaji tersebut perlu dikemaskini dan diproses melalui  Late
                         Cycle bagi membolehkan bayaran gaji dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja
                         bulan tersebut.

               10.8      PTJ/  PC  hendaklah  memastikan  pembayaran  gaji  kepada  semua  pegawai  lantikan
                         baharu  bagi  bulan  kedua  bertugas  diproses  dan  dibayar  melalui  Sistem  Emolumen
                         Berkomputer.  Walau  bagaimanapun,  pembayaran  melalui  Arahan  Pembayaran
                         (Kew.330E/330)  boleh  dibenarkan  dengan  justifikasi  yang  kukuh  dan  mendapat
                         kelulusan pejabat perakaunan.


        11     PENAMATAN PERKHIDMATAN

               11.1      Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada peraturan-peraturan Kerajaan yang sedang
                         berkuat  kuasa  apabila  ingin  menamatkan  perkhidmatan  pegawai  awam.  Peraturan
                         penamatan yang berkaitan dengan urusan perkhidmatan seseorang pegawai adalah
                         seperti berikut:




                                                                                                          146
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152