Page 141 - APP KKR 2023
P. 141

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                         5.1.3  Perakuan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

               5.2       Maklumat  pegawai  yang  diperakukan  untuk  kenaikan  pangkat  hendaklah  disemak
                         dengan  teliti  berdasarkan  Buku  Perkhidmatan  Kerajaan  (BPK)  yang  dikemaskini
                         sebelum diperakukan dalam Lembaga Kenaikan Pangkat.

               5.3       Maklumat perakuan kenaikan pangkat yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan
                         Pangkat Kumpulan Pelaksana hendaklah dikemas kini ke dalam sistem HRMIS, BPK,
                         sistem e-personel dan sistem MyKJ. Manakala maklumat perakuan kenaikan pangkat
                         yang tidak lengkap tidak dibawa dalam pertimbangan Lembaga.

               5.4       Dokumen  yang  telah  digunakan  untuk  urusan  pemangkuan  atau  kenaikan  pangkat
                         boleh  dilupuskan  mengikut  tatacara  bersesuaian  satu  (1)  tahun  dari  tarikh  sah
                         perakuan.

               5.5       Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib/ surat tunjuk sebab atas kecuaian atau
                         ketidakpatuhan kepada tatacara urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat.


        6      PENGURUSAN LATIHAN

               6.1       Pekeliling  Perkhidmatan  Bilangan  6  Tahun  2005  mengenai  Dasar  Latihan  Sumber
                         Manusia Sektor Awam (DLSMSA) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun
                         2005  mengenai  Pelaksanaan  Pelan  Latihan  Sumber  Manusia  Sektor  Awam
                         menetapkan  bahawa  semua  Kementerian/  Jabatan  perlu  menyedia  dan
                         menyelenggara  rekod  latihan  yang  meliputi  perancangan,  perbelanjaan,  penilaian,
                         laporan  dan  aktiviti  kursus/  latihan  termasuk  Pelan  Operasi  Latihan  (POL).  Antara
                         Strategi Pelaksaanaan DLSMSA adalah:
                          6.1.1  Penyediaan peruntukan latihan Kementerian bersamaan sekurang-kurangnya
                                 satu peratus (1%) dari peruntukan emolumen;
                          6.1.2  Semua  anggota  Kementerian  mengikuti latihan  sekurang-kurangnya  lima  (5)
                                 hari setahun atau tiga puluh (30) jam setahun; dan
                          6.1.3  Penubuhan       Panel    Pembangunan        Sumber      Manusia     Latihan    yang
                                 dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian bagi pelaksanaan latihan
                                 di peringkat Kementerian/ Jabatan.

               6.2       Bagi  mencapai  kompetensi  minimum  warga  kerja  KKR,  prestasi  kehadiran  melalui
                         pelbagai kaedah latihan hendaklah dititikberatkan walaupun pelaksanaan dasar lima
                         (5) hari latihan telah diperkenalkan. Pegawai KKR perlu menghadiri latihan berdasarkan
                         jumlah  hari  yang  ditetapkan  pada  tahun  semasa  selaras  dengan  Petunjuk  Prestasi
                         Utama  (KPI)  Penjawat  Awam.  Semua  Ketua  Jabatan  adalah  bertanggungjawab
                         memastikan  warga  kerja  di  bawah  seliaan  masing-masing  memenuhi  jumlah  hari
                         latihan  sebagaimana  ditetapkan  yang  boleh  dilaksanakan  melalui  blended  training
                         approach. Latihan secara atas talian antaranya melalui E-Pembelajaran Sektor Awam
                         (EPSA) atau webinar adalah digalakkan di samping latihan berbentuk konvensional.




                                                                                                          140
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146