Page 136 - APP KKR 2023
P. 136

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                       ii.  Seorang  wakil  kementerian/  jabatan/  agensi  yang  terdiri  daripada
                                          Pegawai  Kumpulan  Pengurusan  dan  Profesional  dan  Kumpulan
                                          Pelaksana atau yang setaraf yang tidak terlibat dalam pengurusan aset
                                          berkenaan; dan
                                       iii.  Seorang pegawai dari setiap kementerian/ jabatan/ agensi lain seperti
                                          Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Ketua Pengarah
                                          Tanah dan Galian dan Jabatan Warisan Negara, jika melibatkan tanah
                                          dan struktur binaan.

                       2.3.2  Tugas-tugas Lembaga Pemeriksa Pelupusan Aset Tak Alih Kerajaan
                              2.3.2.1  Menilai mengesah, menyedia dan mengemukakan Laporan Verifikasi dan
                                       Perakuan Pelupusan Aset kepada Unit Pengurusan Fasiliti;

                              2.3.2.2  Memeriksa aset dan rekod yang berkaitan dalam tempoh satu (1) bulan
                                       dari tarikh diarahkan oleh Unit Pengurusan Fasiliti;

                              2.3.2.3  Memastikan segala maklumat sulit dan rahsia berkenaan pelupusan aset
                                       telah dikeluarkan; dan

                              2.3.2.4  Mengesyorkan kaedah pelupusan yang sesuai.


        3      KELULUSAN PENERIMAAN HADIAH/ SUMBANGAN

               3.1     Penerimaan hadiah/ sumbangan hendaklah mendapat kelulusan daripada Kuasa Melulus
                       iaitu bagi hadiah/ sumbangan yang nilai setiap satu melebihi RM10,000, kuasa melulus
                       ialah Pegawai Pengawal (Ketua Setiausaha Kementerian) dan bagi hadiah/ sumbangan
                       yang  nilainya  setiap  satu  kurang  daripada  RM10,000  adalah  Setiausaha  Bahagian/
                       Pengarah Bahagian/ Pengarah Cawangan. Ini selaras dengan Surat Kelulusan Penurunan
                       Kuasa  Penerimaan  Hadiah/  Sumbangan  oleh  Jabatan  Kerajaan  daripada  Pegawai
                       Pengawal  kepada  Ketua  Jabatan/  Setiausaha  Bahagian/  Pengarah  Bahagian  dan
                       Pengarah Cawangan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA(S)TT(11)343
                       JLD.4(67) bertarikh 12 September 2018.

               3.2     Bagi  meningkatkan  kecekapan  pengurusan  dan  mempercepatkan  proses  kelulusan
                       penerimaan  hadiah/  sumbangan  ini,  penyelaras  permohonan  penerimaan  hadiah/
                       sumbangan di KKR adalah seperti di Jadual 4 berikut:

                       Jadual 4: Penyelaras Permohonan Penerimaan Hadiah/ Sumbangan di KKR

                                                                                        BAHAGIAN/ JABATAN
                         BIL.              JENIS HADIAH/ SUMBANGAN
                                                                                       BERTANGGUNGJAWAB
                                Aset Alih (kerusi/ meja/ perabot dll), kenderaan,
                          1.                                                         Bahagian Kewangan (BK)
                                pengubahsuaian dan penyelenggaraan





                                                                                                          135
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141