Page 130 - APP KKR 2023
P. 130

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       dikemukakan melalui Bahagian Kewangan untuk pertimbangan kelulusan oleh Pegawai
                       Pengawal.  Ini  selaras  dengan  Pekeliling  Perbendaharaan  PB  2.1:  Peraturan  Bagi
                       Pemasangan,  Penyelenggaraan dan Penggantian  Alat  Penyaman Udara  Di Bangunan
                       Kerajaan Persekutuan.

               3.5     Kelulusan  Pegawai  Pengawal  tertakluk  kepada  ruang  yang  dibenarkan  untuk
                       pemasangan  Sistem  Penyaman  Udara  berdasarkan  Garis  Panduan  Peraturan  bagi
                       Perancangan  Bangunan  (Edisi  Tahun  2015),  Jawatankuasa  Standard  dan  Kos,  Unit
                       Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Agensi hendaklah memohon kebenaran
                       khas secara terus kepada Jawatankuasa Standard dan  Kos, Unit Perancang Ekonomi,
                       Jabatan Perdana Menteri sekiranya ruang yang dipohon tidak dibenarkan.

               3.6     Pembelian HMYL di bawah OS35000 hendaklah didaftarkan secara manual  mengikut
                       tatacara yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan
                       Aset Alih Kerajaan, AM 2.3: Pendaftaran atau melalui Sistem Pemantauan Pengurusan
                       Aset (SPPA) bagi agensi yang telah menggunapakai  SPPA jika perolehan tidak dibuat
                       melalui  sistem  ePerolehan  dan  iGFMAS.  Jika  perolehan  dibuat  menggunakan  sistem
                       ePerolehan  dan  iGFMAS  (selain  dari  tanggungan  kerja  dan  kontrak)  ia  akan  dihantar
                       secara automatik ke SPPA (setelah kedua-dua sistem ini berintegrasi kelak).


        4       PEROLEHAN ICT

               4.1      Bagi perolehan ICT, pelaksanaan hendaklah mematuhi peraturan semasa berkaitan ICT
                        seperti berikut:

                              (i)  Kelulusan  Teknikal  -  Dirujuk  dan  mendapat  kelulusan  teknikal  daripada
                                  Jawatankuasa  Pemandu  ICT  (JPICT)  Agensi,  JPICT  Kementerian  dan
                                  Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) Unit Pemodenan Tadbiran
                                  dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaras dengan peraturan
                                  dan tatacara semasa yang berkuat kuasa.

                              (ii)  Keutamaan  Perkhidmatan  Pakar  Dalaman  -  Mengutamakan  penggunaan
                                  kepakaran dalaman sektor awam untuk pembangunan ICT bagi mengurangkan
                                  kebergantungan Agensi kepada kepakaran luar.

                              (iii)  Keutamaan  Bahan/Barangan/  Perkhidmatan  Tempatan  –  Mengutamakan
                                  produk keluaran syarikat berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) Malaysia
                                  dan memastikan perolehan ICT yang diimport hendaklah dilaksanakan selaras
                                  dengan peraturan yang berkuat kuasa.

                              (iv)  Pemilikan  Kod  Sumber  (Source  Code) dan/atau  Intellectual  Property  Rights
                                  (IPR)  -  Kod  sumber  dan/atau  Intellectual  Property  Rights  (IPR)  bagi
                                  pembangunan  sistem  aplikasi  dan  serahan-serahan  lain  yang  berkaitan
                                  hendaklah menjadi Hak Milik Kerajaan Malaysia.



                                                                                                          129
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135