Page 125 - APP KKR 2023
P. 125

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              d)  Melibatkan keselamatan/ strategik
                                 Perolehan seperti alat-alat keselamatan atau projek tertentu yang strategik yang
                                 perlu dirahsiakan.

                              e)  Kontrak Dengan Syarikat Pembuat Bumiputera
                                 Bagi  barangan  tertentu  sahaja  yang  terdapat  pada  satu  (1)  atau  dua  (2)
                                 pembekal/ kontraktor Bumiputera sahaja.

                       2.11.2 Tatacara Pengurusan Rundingan Terus
                              a)  Surat Niat (LOI) hendaklah dikeluarkan kepada pembekal/ kontraktor setelah
                                 syarat-syarat ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dipenuhi.

                              b)  LOI ditandatangan oleh pegawai yang diberi kuasa serta terma dalam LOI tidak
                                 mengikat Kerajaan (non-binding).

                              c)  Jawatankuasa Rundingan Harga ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Pegawai
                                 Pengawal atau Pegawai yang diberi kuasa.

                              d)  Pelantikan  Ahli  Jawatankuasa  Rundingan  Harga  yang  terdiri  daripada
                                 sekurang-kurangnya  tiga  (3)  orang  pegawai  berkelayakan  atau  mempunyai
                                 pengalaman dan kemahiran teknikal mengenai perolehan dibuat secara bertulis
                                 oleh Pegawai Pengawal.

                              e)  Kajian  pasaran  berkewajipan  dilaksanakan  bagi  perolehan  bekalan/
                                 perkhidmatan  sebelum  sesuatu  rundingan  harga  dijalankan.  Trend  harga
                                 pembelian dan perolehan yang sama diuruskan oleh agensi lain dalam urusan
                                 perolehan hendaklah diambil kira serta dijadikan panduan.

                              f)  Bagi perolehan kerja, angka tunjuk harga/ indeks kos bahan binaan bangunan
                                 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan dijadikan asas rundingan.

                              g)  Minit mesyuarat rundingan harga disediakan dengan dicatatkan kehadiran ahli
                                 jawatankuasa  dan  perkara  yang  telah  atau  pun  tidak  dipersetujui  dan
                                 seterusnya ditandatangan oleh pengerusi dan wakil pembekal/ kontraktor.

                              h)  Minit mesyuarat rundingan harga disediakan dengan dicatatkan kehadiran ahli
                                 jawatankuasa  dan  perkara  yang  telah  atau  pun  tidak  dipersetujui  dan
                                 seterusnya ditandatangan oleh pengerusi dan wakil pembekal/ kontraktor.

                              i)  Pengesahan  bertulis  ke  atas  harga  rundingan  yang  dipersetujui  diperolehi
                                 daripada pembekal/ kontraktor.

                              j)  Harga  anggaran  Kementerian/  Jabatan,  harga  tawaran  asal  dan  harga
                                 dipersetujui  disenaraikan  secara  terperinci  mengikut  item  atau  komponen
                                 perolehan.



                                                                                                          124
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130