Page 120 - APP KKR 2023
P. 120
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
h) Urus Setia Tender adalah bertanggungjawab memastikan peraturan perolehan
yang berkuat kuasa dipatuhi sepenuhnya serta memberi nasihat kepada
Lembaga Perolehan Agensi.
2.9.2 Pembukaan Tawaran Tender
a) Jawatankuasa Pembuka Tender dianggotai sekurang-kurangnya dua (2)
pegawai (seorang daripadanya dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional)
dan dilantik secara bertulis oleh Ketua Jabatan/ SUB Kewangan.
b) Peti tawaran hendaklah dibuka secepat mungkin selepas tender ditutup.
c) Setiap tawaran tender yang diterima, dibuka dan disemak nombor siri dengan
rekod penjualan dokumen.
d) Nombor kod hendaklah diberi untuk setiap dokumen dan senarai harga,
dokumen spesifikasi teknikal dan katalog/ brosur petender serta ditandatangani
ringkas.
e) Lembaran yang menyatakan harga dan apa-apa pindaan yang terdapat dalam
tawaran tender hendaklah ditandatangani ringkas.
f) Nama petender dipastikan tidak tercatat di dalam dokumen spesifikasi teknikal
petender dan sekiranya terdapat nama/ tanda syarikat dalam dokumen
tersebut, maka ia hendaklah dicatatkan dalam borang jadual tender.
g) Dokumen tawaran harga dijadualkan dengan menggunakan nombor kod yang
diberikan.
h) Menyedia dan melengkapkan senarai semakan dan borang jadual tender
dengan mencatatkan nama petender, kod petender, amaun yang ditender,
tempoh siap atau tempoh penyerahan. Nama dan jawatan semua ahli Pembuka
Tender hendaklah dicatatkan dalam borang jadual tender dan ditandatangani
oleh setiap ahli.
i) Semua maklumat berkenaan sesuatu tender termasuk dokumen tender,
tawaran tender dan penilaian tender hendaklah diklasifikasikan sebagai SULIT.
2.9.3 Penilaian Tender
a) Ahli Jawatankuasa Penilaian Tender iaitu Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan
Jawatankuasa Penilaian Harga dilantik secara bertulis oleh Ketua Jabatan.
b) Penilaian tender bekalan, perkhidmatan dan kerja berasaskan Turnkey atau
Design and Build dibuat oleh dua (2) jawatankuasa yang berasingan iaitu
Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga.
119