Page 19 - HANDBOOK HSK 2018_edit
P. 19

7.5       MENGULANG PENILAIAN AKHIR


                                       7.5.1  Pelajar yang gagal mana-mana Kursus Pendidikan Umum atau    Kursus
                                                Teras Dispilin bagi Penilaian Akhir  dibenarkan mengulang sebanyak Sa-
                                                tu (1) kali sahaja.
                                       7.5.2   Ulangan hendaklah dibuat dalam semester semasa.

                                       7.5.3  Kelulusan untuk mengulang Penilaian Akhir adalah dibawah kuasa Jawa-
                                                tankuasa Akademik kolej.



                               7.6     MENGULANG KURSUS


                                      7.6.1    Pelajar  yang  gagal  mana-mana  Kursus  Pendidikan  Umum  atau      Kursus
                                              Teras  Displin  bagi  Penilaian  Berterusan  dan  Penilaian  Akhir  dibenarkan
                                              mengulang.

                                      7.6.2   Kelulusan untuk mengulang kursus  adalah dibawah  kuasa Jawatankuasa
                                              Akademik kolej.



                               8.0     PEMBERHENTIAN PENGAJIAN


                                       8.1     Pelajar  boleh  diberhentikan  daripada  pengajian  setelah  didapati  ber-
                                               salah oleh Lembaga  Disiplin   kolej   atau    gagal    memenuhi    syarat
                                               pengajian  oleh  Jawatankuasa Akademik di kolej.

                                       8.2     Pelajar yang gagal dalam semua kursus teras disiplin pada setiap semes-
                                               ter boleh ditamatkan pengajian dari kolej selepas disahkan oleh Jawa-
                                               tankuasa Akademik kolej.

                                       8.3     Pelajar yang telah diberhentikan berhak membuat rayuan kepada Jawa-
                                               tankuasa Akademik di kolej.

                                       8.4     Pelajar yang diberhentikan daripada pengajian  akan  diberi Surat Akuan
                                               Pengajian daripada kolej.



                               9.0     PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN


                                       9.1     Pelajar  boleh  memohon  rayuan  untuk  pertukaran  tempat  pengajian
                                               semsasa  tempoh  pengajian  melalui  Jawatankuasa  Akademik  kolej  ber-
                                               dasarkan kes-kes khas.

                                       9.2     Kelulusan  pertukaran  tempat  pengajian  adalah  dibawah  persetujuan
                                               BPTV, KPM.

                                       9.3     Semua dokumen berkaitan pentaksiran dan penilaian bagi pelajar yang
                                               bertukar  tempat  pengajian  adalah  menjadi  tanggungjawab  kolej  asal
                                               untuk menyerahkan kepada kolej yang baru.

                                       9.4     Pelajar  yang  bertukar  tempat  pengajian  WAJIB  menyelesaikan  PB  bagi
                                               tempoh pengajian di kolej asal terlebih dahulu.




                                                                             38                                                                                                                     19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24