Page 23 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 23
2.3 Peristiwa di Masjid Gedhe Kauman
Masjid Gedhe Kauman ini mempunyai beberapa peristiwa iaitu salah satunya pada
tahun 1867, satu bencana iaitu gempa bumi telah melanda bumi Yogyakarta di mana
telah mengakibatkan ramai penduduk di perkampungan Kauman hilang tempat
tinggal. Bencana itu juga telah mengakibatkan kerosakan kepada Masjid Gedhe
Kauman hingga mengakibatkan serambi masjid tersebut roboh dan tiang-tiang di
dalam ruang solat utama senget. Bencana ini juga telah mengakibatkan Kyai Penghulu
meninggal dunia ketika berada di serambi masjid. Selepas satu tahun, masjid ini
dibaiki di mana tiang-tiang di dalam ruang solat utama ditampung dengan ‘bracing’
dan serambi masjid diperbaharui dan ruangnya diperbesarkan lagi.
Selain bencana gempa bumi, masjid ini juga dikenali dengan peristiwa perubahan
arah kiblat solat oleh KH Ahmad Dahlan, ulama kraton. Awalnya, selepas masjid ini
dibina, arah kiblat ini di barat dan KH Ahmad Dahlan telah mengubahnya ke arah
yang betul iaitu ke arah 24 darjah barat laut daripada hasil perbincangan beliau
dengan beberapa ulama di kraton.
20 .