Page 24 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 24

Bab 3.0


                                                   Analisa Seni Bina


                   3.1        Persekitaran Bangunan Kajian


                   Menurut  daripada  pemerhatian  dan  kajian  yang  telah  kami  lakukan  Masjid  Gedhe

                   Kauman  ini  telah  menjadi  saksi  sejarah  kawasan  persekitarannya  kerana  tahun

                   binaannya selari dengan kewujudan perkampungan ini. Dari segi pembelajaran seni
                   bina  dan  juga  reka  bentuk  perbandaran  kita  juga  boleh  dapati  berpola  seni  bina

                   campuran  agama  hindu  dan  Buddha  yang  ciri-ciri  hiasan  dan  ukirannya  sering

                   digunakan  dalam  masjid  gedhe  kauman  ini.  Kraton  yang  terletak  sekitar  Masjid
                   Gedhe Kauman memberi impak kepada aktiviti yang berjalan pada kawasan tersebut.


                   3.1.1 Pelan Susun Atur Ruang


                       Berdasarkan  kajian  dan  permehatian  penulis,  bangunan  Masjid  Gedhe  sendiri

                   mempunyai  luas  2.578  meter  persegi  terdiri  dari  ruang  solat  utama,  dan  serambi

                   masjid,  di  sekitarnya  mempunyai  Ruang  Yatihun,  Ruang  Pawestren,  Pawudhon,
                   Pabongan  Gedung  Kuning  (Perpustakaan,  Ar-Raubah  (Ruang  Perawatan  Jenazah),

                   bilik-bilik  mandi, halaman dalam, blumbang atau kolam kecil, dan lain  sebagainya
                   yang berdiri diatas tanah seluas 4000 meter persegi. Masjid Gedhe mempunyai dua

                   bahagian ruang utama, iaitu ruang solat utama dan serambi masjid. Ruang solat utama
                   dibangunkan pada tahun 1773 manakala ruang serambi pula dibangunkan pada tahun

                   1775.

























                                                            21                                        .
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29