Page 25 - LaporanMasjidGedheKauman2018
P. 25
Gambar rajah 3.1.1 Pelan tapak
3.1.2 Pintu Gerbang
Pengamatan pertama kali terhadap Masjid Gedhe Kauman ini menimbulkan rasa
keterujaan untuk mengkajinya dengan lebih terperinci kerana struktur bangunannya
yang gah dan keunikan elemen-elemen ukiran yang penuh dengan filosofi jawa dan
agama Islam. Namun begitu, ia masih mengekalkan ciri-ciri seni bina pengaruh hindu,
Buddha dan Islam yang pernah bertapak di perkampungan Kauman. Pintu gerbang
atau Gapuro yang megah berdiri di bahagian hadapan masjid menjadi satu tarikan
bukan sahaja bagi umat Islam, malah bagi penganut agama lain. Gapuro yang berasal
dari perkataan arab “Ghofuro” yang bererti pengampunan dosa. Orang yang
memasuki Gapuro ini untuk beribadat dengan bersungguh- sungguh dengan harapan
dosanya dapat diampuni oleh Allah SWT.
Gambar rajah 3.1.2 Pintu Gerbang
22 .